Cara Menguatkan Magnet Diri

Sebagai insan yang diciptakan oleh Allah swt, kita dibekalkan dengan manual yang jelas untuk mengemudikan kehidupan kita.

Alhamdulillah sebagai umat Nabi Muhammad kita dibekalkan  dengan manual utama iaitu al-quran dan sunnah, yang mana al-quran akan terjaga sehinggalah hari kiamat. Begitu juga sunnah yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah saw untuk kita menjalani kehidupan dialam ini.

Kedua-duanya jika kita ikuti dengan betul dan ikhlas akan membawa kita ke arah yang betul, serta akan memudahkan hidup kita walau dimana kita berada.

Dalam masa yang sama ia akan menguatkan magnet diri kita, tanpa perlukan amalan lain sebagaimana yang diamalkan oleh orang-orang bukan Islam. Dalam kata lain kita tidak perlukan yoga, amalan tenaga dalam ataupun amalan sebangsa dengannya.

Contohnya begitu jelas semenjak dulu lagi...jika kita lihat kehidupan ulama-ulama yang begitu ikhlas beragama, magnet diri mereka begitu kuat, mereka dapat menarik insan lagi ke dalam hidup mereka  tanpa perlu bersusah-payah meminta ataupun mencari. Insan lain yang pergi mencari mereka serta begitu menyayangi mereka.

Jadi, jika kita ingin menguatkan magnet  diri kita, cubalah baca sejarah kehidupan ulama-ulama dan amalkan sebagaimana yang mereka amalkan, insya Allah kita akan dapat merasai keindahannya.

Sebenarnya amalan-amalan yang diwajibkan kepada setiap orang Islam itulah cara untuk menguatkan magnet diri kita, iaitu solat, puasa, zakat dan haji. Amalan-amalan lain akan dijelaskan kemudian.

Sebagaimana yang kita tahu, jika magnet telah hilang daya tarikannya, kita perlu sejukkannya..bila magnet sejuk, daya tarikannya akan kuat semula. Manakala daya tarikan magnet akan hilang jika ia dipanaskan.

Begitu juga diri kita, jika kita selalu sejukkan dengan mengambil wuduk untuk solat, kemudian kita menghampirkan diri kepada Allah swt, insya Allah magnet diri kita akan menjadi kuat.

Jika kita solat berjamaah pula, kita mencaskan tenaga magnet kita, dengan magnet orang lain, hasilnya magnet kita akan menjadi lebih kuat daripada  biasa. Itulah sebabnya orang lelaki diwajibkan mencaskan magnet mereka tiap-tiap  minggu, dengan cara solat jumaat.  

Kemudian kita jaga perut kita dengan mengosongkannya dengan cara berpuasa, perut kita akan menjadi lebih sejuk. Kesejukkan dibahagian perut akan menguatkan magnet diri kita.

Sebenarnya perutlah tempat yang paling panas dalam tubuh kita, jika ia tidak dijaga, ia akan menyebabkan pelbagai  masalah lain termasuklah masalah kesihatan.

Bila perut bermasalah, perangai kita pula akan susah untuk dikawal, timbullah pula perangai sakit hati, irihati, dengki, takut dan pelbagai lagi sikap negatif lain.

Perangai kita sebenarnya adalah petunjuk awal kadar kesihatan diri kita,  oleh itu cara  yang paling efektif untuk mengelakkan penyakit fizikal adalah dengan mengawal perangai kita.

Bila disebutkan menjaga perut, ia bukan sahaja dengan cara berpuasa tetapi dengan cara memilih makanan yang akan kita makan, pastikan puncanya sama ada ia halal atau haram.

Kesilapannya memilih makanan akan menyebabkan timbulnya sifat-sifat negatif, sama ada diri sendiri ataupun ahli keluarga kita. Jadi janganlah pelik jika wujudnya pelbagai jenis manusia pelik disekeliling kita. Manusia berubah tabiat apabila diubah makanan yang diambil....

Jadi, cara paling asas untuk menguatkan magnet kita adalah dengan menjaga solat dan makanan kita.
Jika yang asaspun tidak mampu kita jaga, apakah kita mengharapkan orang lain untuk membantu kita?

Insya Allah bila magnet diri kita kuat, kita juga akan mampu menarik segala keinginan kita...namun begitu kebiasaannya kita akan mampu mengawal nafsu, serta kurang berminat dengan segala tawaran dunia, serta lebih menjurus kepada mencari akhirat.

Ketika itu, indahnya dunia ini, begitu juga betapa tenangnya hati meneruskan kehidupan sehari-hari. Apa lagi yang dicari...?

Ulasan

Saadah Khair berkata…
Peringatan dan Muhasabah yang menarik :) Saya sukakan ini: "Perangai kita sebenarnya adalah petunjuk awal kadar kesihatan diri kita, oleh itu cara yang paling efektif untuk mengelakkan penyakit fizikal adalah dengan mengawal perangai kita"
Alhamdulillah, syukur kepada Allah saya berkesempatan untuk membaca artikel yang menarik dan berilmu daripada Cik puan. Satu koleksi bacaan yang boleh diambil sebagai rujukan. Saya tertarik dengan pendekatan magnet diri melalui amalan-amalan yang sememangnya dituntut oleh kita semua. tak dilupai tentang perikatan kita sesama saudara sebagai tali "hablun minan naas" adalah sangat dituntut sama sekali. Ia suatu pendekatan yang syumuliyah. terima kasih Cik Puan kerana menyampaikan artikel seperti ini. Saya menantikan sebuah ilmu yang baik seperti ini. TQ :-)
Aliza Yunus berkata…
Saadah...
Kalau nak confirmkan, cuba tanya org2 yg ada penyakit buah pinggang adakah mereka terlalu berkira dlm hidup mereka, krg suka bersedekah atau bakhil? Dlm masa yg sama krg mampu mengurus masa dgn baik...

Perangai2 lain brkaitan dgn organ lain, best sangat masa buat soal-selidik ttg bab2 ni...:)
Aliza Yunus berkata…
Mohd Nor Zaeim..
terima kasih atas perkongsian pendapat...
Insya Allah akan disambung lagi ttg tajuk ni.
Doakan agar saya dpt fokus memikirkan tajuk ni, terutama utk menjelaskan ttg perkaitan amalan2 dgn sains dan sunnah, satu ilmu yg saya dpt semasa mengumpulkan maklumat utk thesis phd beberapa thn lepas.
Sayangnya saya masih belum mampu menyiapkan satu teori ttgnya.
Moga Allah memudahkan segala-galanya.
Najwa Jaafar berkata…
masyaAllah.banyak ilmu baru yg saya tahu dari artikel ni.
terima kasih penulis. =)

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Surat Rasulullah SAW kepada Raja Oman