Macam-macam cerita

Alhamdulillah bersyukur kerana masih mampu menulis disini.

Lama betul tidak mencoret sesuatu disini, meskipun ada pelbagai cerita dan peristiwa yang dilalui semenjak berada ditanahair.

Sudah dua bulan lebih saya balik ke Malaysia bersama anak-anak, iaitu ketika bermula cuti sekolah anak-anak pada awal bulan Jun lepas.

Cuti ditanahair kali ini hanya berbaki dua minggu lebih. Kami akan memulakan kembali pengembaraan kami di bumi Oman pada awal September nanti insya Allah.

Alhamdulillah cuti kali ini begitu bererti pada saya meskipun kebanyakan masa dihabiskan dirumah dengan kedua ibubapa tercinta.

Sesungguhnya inilah rahmat Allah kepada saya, meskipun berada begitu jauh tetapi Allah masih memberi peluang untuk diri ini merasai hari-hari bersama mereka ketika mereka dihujung usia.
Kali ini juga saya peluang berpuasa dan berhariraya dikampung.

Sesungguhnya orang yang patut dihormati dan diucapkan terima kasih ialah Sang Suami yang memberi kebenaran untuk saya dan anak-anak berpisah dengan beliau dalam tempoh yang agak lama, iaitu tiga bulan.

Namun begitu kenalan dan jiran asyik bertanya tentang suami yang tiada bersama, terutama dihariraya.

Apa yang mampu dilafazkan ialah jangan dipersoalkan apa-apa sebaliknya syukurilah peluang yang diberikan ini. Ini kerana berapa ramai wanita setelah berkahwin ingin berada bersama kedua ibubapa dalam tempoh yang lama, tetapi mereka tidak mendapat peluang itu.

Apabila kita bersyukur serta melihat secara positif ke atas apa yang berlaku hati kita akan berasa tenang. Alhamdulillah 'ala kulli hal.

Begitu juga Sang suami yang telah begitu lama terpisah dengan keluarga, sanak saudara serta rakan taulan juga mendapat peluang menghabiskan masa beliau tanpa perlu memikirkan keperluan kami.

Alhamdulillah....moga Allah memudahkan urusan kami disini, serta mengurniakan yang terbaik dalam kehidupan kami. Moga pengorbanan ini beroleh Rahmat dan keberkatan dalam menempuh hari-hari seterusnya diperantauan nanti. Amiin.

Ulasan

Saadah Khair berkata…
Eid Mubarak KakAliza sekeluarga :)
kak aliza berkata…
Eid Mubarak utk Saadah juga...moga dipermudahkan urusan tesis serta berjaya mencapai impian.

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Surat Rasulullah SAW kepada Raja Oman

Tujuan Belajar Khat