Jabal Al-Akhdar, Oman

Alhamdulillah syukur kepada Allah swt kerana memberi kesempatan kepada kami sekeluarga menziarahi satu tempat pelancongan yang mashyur di Oman iaitu Jabal Al-Akhdar.

Alhamdulillah juga kerana diberi peluang untuk melihat keunikan tempat ini, merasai keagungan ciptaan Ilahi. Subhanallah tempat ini begitu indah meskipun bukan hijau sebagaimana namanya.

Kami diberitahu kawasan ini akan menghijau ketika musim panas, dan ketika musim itulah ramai pelawat datang merasai kesegaran tempat ini kerana tempat-tampat lain begitu panas.
Bongkah berbentuk seperti Sphink di Mesir tetapi pemandu kami menyatakan ia seumpama ular tedung yang kepalanya sedang berkembang
Alhamdulillah kami mendapat seorang pemandu yang begitu baik dan peramah, meskipun masa lawatan hanyalah tiga jam termasuk perjalanan pergi dan balik.

Kami merasakan kunjungan ini amat bermakna kerana mendapat pelbagai maklumat yang berguna.

Sejenis pokok yang buahnya tidak dimakan oleh manusia dan binatang


Kawasan bercucuk tanam secara bertingkat terletak dicerun bukit. Saya tidak dapat membayangkan bagaimana penduduk disini mampu turun ke tempat tersebut. Mungkin juga saya amat penakut sedangkan bagi mereka perkara biasa.
Ini pula kawasan rumah-rumah penduduk yang dibina dicerun bukit bertentangan dengan tempat bercucuk tanam tadi.

 Kami ditunjukkan dengan pelbagai bentuk batu seolah-olah berada didasar laut. Itulah keistimewaan Oman yang begitu unik susunan batu-batunya seolah kita berada didasar bumi.


Alhamdulillah...inilah rahmat bumi Muscat ketiadaan air selama 3 hari, 12 - 14/2/2015, dapatlah kami melarikan diri menziarahi tempat lain di Oman.

Moga kami dapat datang sekali lagi ke tempat ini ketika musim hijau, baru la betul namanya Jabal Akhdar iaitu Bukit Hijau.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Surat Rasulullah SAW kepada Raja Oman