Muscat Festival 2016

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana masih diberi kekuatan untuk menulis disini.

Ini tulisan pertama sebagai pembuka tahun 2016. Alhamdulillah bermacam-macam aktiviti sudah dilalui setakat ini, yang mana sambungan aktiviti lama.

Di antara aktiviti tahunan Majlis Perbandaran Muscat@ Baladiyah Muscat ialah menganjurkan pesta Muscat. Tarikh biasa pesta ini ialah dari pertengahan bulan Januari hingga pertengahan Februari, iaitu pada cuti antara semester bagi pelajar sekolah dan universiti di sini.

Kami sekeluarga selalu mengambil kesempatan untuk menyertai Muscat Festival setiap tahun. Ketika inilah kami berpeluang mengutip maklumat mengenai Oman dan negara-negara lain.

Apa yang menarik pada Muscat festival kali ini?
Sebenarnya kami sekadar ingin melihat apakah yang disediakan oleh penganjur program pada kali ini. Jadi kami mengambil kesempatan untuk mengunjungi Amerat Park, tempat program ini berlangsung.

Kali ini anak kedua tidak berminat untuk hadir bersama-sama kerana beliau menganggap tiada benda baru dalam festival tahunan ini. Kami pergi juga untuk memenuhi permintaan anak sulung yang baru selesai peperiksaan thanawi, dan anak bongsu yang menyambut hari lahir.

Sebaik melangkah ke dalam Taman kami terus ke bahagian kesukaan kami iaitu pameran antarabangsa, akan tetapi kami terkejut kerana bahagian tersebut dipenuhi oleh pameran hasil kerja, seni dan perniagaan orang Oman. Oh! Ini betul-betul Oman.

Ya. Muscat Festival tahun ini sarat dengan informasi berguna untuk anak-anak dan keluarga. Ia bukan sekadar pesta untuk bergembira. Tiga orang anak saya menggunakan sepenuh peluang kali ini untuk menyertai aktiviti yang disediakan.

Selepas melawat pameran hasil seni Oman, kami melawat Pameran Sains dan Pameran 1001 Ciptaan di dunia. Kemudian kami melawat hasil tempatan Oman, makanan tradisi Oman. Alhamdulillah kami beroleh sedikit ilmu daripada pesta kali ini.

Ini betul- betul Oman! Sepanjang waktu kami disana tidak ramai warga luar, kebanyakan pengunjung adalah orang Oman yang membawa anak-anak mereka sempena musim cuti sekolah.

Alhamdulillah ala kulli hal.

p/s - maaf gambar tidak dapat diupload, ada masalah intenet.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Surat Rasulullah SAW kepada Raja Oman