Catatan

Bercakap atau Diam?

Sabda Rasulullah saw: "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka berkata-katalah yang baik ataupun diam". Bila membaca hadis di atas, kita diingatkan agar berkata-kata dengan perkataan yang baik-baik ataupun diam. Namun begitu bila bertemu dengan orang-orang tertentu kita akan banyak bercakap. Mengapa begitu? Kadang-kadang bila kita tidak banyak bercakap orang akan menganggap kita sombong, sedangkan kita terasa tidak terasa untuk bercakap. Apakah itu salah? Apabila penyakit tidak mahu bercakap datang, kita tidak terasa ingin mengatakan apa-apa. Diam seribu bahasa, apakah ini akan menimbulkan masalah kepada kita? Seronok rasanya melihat orang bercakap, namun kadang-kadang terasa letih melihat orang yang terlalu suka bercakap. Banyaknya idea mereka... Pengalaman menghadiri perjumpaan ibu-ibu di sekolah di sini, juga semasa menghadiri pelbagai jemputan saya melihat kebanyakan wanita Arab suka bercakap. Mungkin kita tidak bercakap kerana tidak bertemu dengan orang...

Bunga Memberi Ketenangan

Imej
Alhamdulillah hari ini terbuka hati ini untuk berkongsi sedikit maklumat yang telah dipelajari selama ini tentang bunga dan kita. Apakah ada perkaitan antara kita dan bunga? Mengapa setiap orang menyukai bunga-bunga yang berbeza? Bunga yang cantik di mata A tidak cantik pada pandangan B, mengapa begitu? Begitulah hebatnya kejadian Allah di alam ini. Setiap kejadian-Nya memberi manfaat kepada insan dan makhluk lain. Bila kita berada dalam satu kawasan yang kering-kontang maka pokok-pokok dan bunga-bungaan akan memberikan sejumlah ketenangan kepada kita. Malah jika kita ingat dalam perbincangan lalu, Rasulullah saw mengumpamakan manusia seperti pohon kurma. Mengapa Rasulullah memilih tumbuh-tumbuhan bukannya binatang? Bila kita fikirkan balik ada banyak ilmu yang mampu perolehi dari situ. Betapa pohon kurma memberi pelbagai manfaat kepada manusia, begitu juga tumbuh-tumbuhan lain. Malah bila berada di bumi Oman ini, memang amat terasa keinginan untuk menatap kehijauan taman dan pokok, s...

Menulis dalam Panas

Perasaan malas menulis sudah bermula, susah juga nak jaga konsistensi ni ya... Dulu-dulu saya ingatkan senang je nak jadi penulis, sebab tulis je... rupa-rupanya barulah faham ada juga penyakitnya. Bila terlalu banyak berfikir dan tidak diluahkan juga sakit, sebab ia akan menjadi fikiran yang berulang-ulang, lama-lama kita akan dapat tekanan perasaan? Jadi saya cuba ikut cara kawan yang jauh di sana tu, menulis dan menulis apa-apapun agar ia menjadi terapi kepada saya. Alhamdulillah walaupun suhu di sini teramat panas, pagi-pagi dah terasa bahang panasnya, kipas berpusingpun cuma memutarkan angin yang panas, kenalah banyak bersabar. Memang besar cabaran berada di bumi yang panas ni, lebih-lebih lagi kawasan padang pasir. Memang sukar untuk mendapat air dingin dan sejuk kecuali dari peti sejuk, yang ada cuma air suam sepanjang masa. Jadi bagi sesiapa yang berminat untuk mandi air suam, tak perlu gunakan heater, mandi terus dari paip pun dah cukup kepanasannya. Agak malang juga bagi sesi...

Pos Gambar

Hari ini bila buka yahoo je terus terbaca tajuk "bad news about delete". Apa ceritanya? "No such thing as "deleted" on the Internet". Gerun juga bila membacanya, alhamdulillah saya agak terkebelakang pasal ni, jadi agak terselamat sikit. Memang saya sudah beberapa kali menerima mesej e-mail tentang hal ni, tapi saya buat tak kisah, malah ramai juga yang buat tak kisah. Bila surf di internet memang terdapat pelbagai gambar dan aksi dipaparkan untuk tatapan umum, kadang-kadang orang yang melihat akan tergoda dengan gambar-gambar kita (kita tidak tahu hati manusia). Bila artikel tentang perkara ini disiarkan di yahoo, ramai pula yang berkongsi pendapat. Gerun ada, takutpun ada. Bila dah diposkan ia bukan lagi milik peribadi kita, ia telah menjadi hak awam. Seingat saya baru sekali saya poskan gambar bersama anak-anak kat satu web sosial, tapi penangannya dah agak merisaukan saya. Walaupun dah beberapa kali saya 'delete' gambar tersebut tetap timbul ...

Jejak Kasih

Beberapa peristiwa yang amat meninggalkan kesan dalam hati ini ialah apabila melihat detik-detik pertemuan ahli keluarga yang begitu lama terpisah. Memang dulu-dulu program 'jejak kasih' amat popular dan diminati ramai di Malaysia termasuklah saya, namun saya tidak pernah terbayang bahawa suatu hari saya akan melihat sendiri detik-detik ini berlaku didepan mata sendiri. Bayangkanlah seorang ibu yang terpaksa berpisah dengan anak disebabkan masalah politik di tanahair. Si anak terpaksa melarikan diri daripada tanahair sendiri, demi menyambung perjuangan. Malah pertemuan juga terpaksa diadakan secara rahsia, agar tidak mengugat keamanan keluarga. Tidak dapat saya gambarkan kegembiraan seorang ibu ketika bertemu kembali dengan si anak selepas lebih 12 tahun berpisah. Apatah lagi ketika pertemuan berlaku si anak sudah memiliki 4 orang anak yang masih kecil. Begitulah kasih ibu yang tidak mampu ditukar ganti, tidak akan padam walaupun bertahun-tahun berpisah. 'Kasih ibu membawa ...

Bulan Tak Produktif

Entah kenapa ye, malas je rasa nak menulis walaupun pelbagai peristiwa yang meninggalkan kenangan berlaku bulan ini. Alhamdulillah bulan ini kami banyak menghabiskan masa diluar, melawat tempat-tempat yang belum pernah dikunjungi sebelum ini. Walaupun dah dekat 4 tahun berada di Oman tapi kami lebih banyak menghabiskan masa di Muscat saja, memang belum pernah ke Muhafazah lain. Walaupun begitu ia sudah cukup menyeronokkan kami sekeluarga. Bila banyak berjalan maka tugasan pun agak lebih daripada biasa. Maklumlah kami dah terbiasa memakan makanan dari rumah, jadi bila ada program sebegini, kenalah menyiapkan bekalan untuk dimakan diluar. Sememangnya kami belum pernah makan dimana-mana kedai makan semenjak berada di Oman kecuali atas jemputan teman-teman. Buat kami sekeluarga, biarpun masakan dari rumah agak biasa, tapi ia tetap sedap bila dibawa untuk dimakan bersama-sama diluar rumah. Kadang-kadang terfikir nak mengambil cuti memasak dan makan diluar, tapi bila mengenangkan suami yang ...

Musim Panas

Imej
Sekiranya mengikut kalendar, sekarang masih lagi musim bunga, akan tetapi suhu harian di Oman menunjukkan peningkatan yang agak ketara. Boleh dikatakan bahawa tahun ini teramat panas, malah minggu lepas terdapat laporan yang disiarkan di dalam akhbar tempatan menyatakan darjah kepanasan sekarang mencecah 52 darjah celsius. Subhanallah... Malah semalam ketika kami melalui Muttrah Souk pada pukul 11 pagi, papan tanda suhu mencatatkan 47 darjah celsius. Jadi berapakah suhu ketika waktu tengahari? Inilah gambaran kepanasan di sini sekarang... Biasanya pada musim panas pokok-pokok kurma akan mula masak. Berdasarkan pengalaman berada di sini, biasanya kita akan dapat mula memakan 'rutob' pada pertengahan bulan Jun, akan tetapi pada tahun ini banyak pokok-pokok kurma hiasan dibandar Muscat ini sudah mulai kekuningan dan masak. Ini kerana buah-buah kurma akan masak pada musim panas. Alhamdulillah pada tahun ini ia boleh didapati lebih awal kerana kepanasan yang melampau ini. Begitulah ...