Catatan

Meriahnya Maulud kali ini

Alhamdulillah kita berkesempatan menyambut maulud sekali lagi tahun ini. Walaupun tiada acara khusus dianjurkan pada tahun ini, saya tetap merasakan kemeriahannya. Bagaimana saya dapat merasakan kemeriahannya tanpa majlis berzanji dan berselawat? Sebenarnya setelah beberapa tahun menggunakan intenet dan pelbagai aplikasinya, tahun ini begitu ramai rakan yang menghantar pelbagai ucapan maulud, dari situ saya terasa kemeriahannya. Moga setiap ucapan yang dihantar diiringi kesedaran dan kasih sayang yang mendalam terhadap baginda Rasulullah saw. Alangkah indahnya jika setiap orang Islam yang begitu teruja menyambut maulidur rasul, menghayati apa sebenarnya yang diperjuangkan oleh Rasulullah saw. Apakah membesarkan maulud cukup dengan berarak, ataupun menghantar ucapan tahniah sesama kita? Ataupun kita ikuti dengan mempelajari sebaik-baiknya warisan peninggalan baginda. Mempelajari sebaik-baiknya warisan peninggalan baginda, kemudian mengamalkan ajaran baginda berpandukan al quran da...

Cerita Kangkung

Alhamdulillah syukur kerana masih mendapat kekuatan untuk menulis sesuatu disini. Sudah dua hari bacaan saya tertumpu kepada isu yang hangat di tanahair iaitu isu kangkung. Pada mulanya saya begitu terkejut mengapa begitu ramai orang memperkatakan isu kangkung di fb, manakala rakan-rakan di whatsup juga berkongsi cerita sama. Mungkin ada yang serius, ada yang sekadar membuat lawak, tapi bagi saya ia mengingatkan kisah lama ketika bersama-sama kedua ibubapa dikampung. Kangkung begitu penting dalam kehidupan kami sekeluarga, sumber sayur untuk keluarga dan sentiasa ditanam ditepi rumah. Ketika berada dibangku sekolah menengah dan di universiti, ayah selalu diserang sakit sesak nafas, jika ia menyerang keadaan ayah saya seolah-olah orang yang akan meninggal. Ketika itu ayah mula memohon maaf dengan kami serta menyuruh kami memberitahu jiran terdekat, iaitu sepupunya yang tinggal bersebelahan. Sememangnya saat-saat itu begitu begitu menyedihkan, apa lagi bila melihat adik-adik kecil...

Tahun Baru - Hijrah @ Masehi

Alhamdulillah kita bertemu pada pagi awal tahun baru masehi 2014. Bertambah setahun lagi bilangan umur mengikut kiraan masehi. Di sini beberapa hari sebelum bermula awal tahun, banyak mesej disampaikan menganjurkan umat Islam menghidupkan sambutan tahun baru dengan amalan solat sunat. Sedangkan tiada anjuran sebegitu disebarkan ketika sambutan tahun baru hijrah dua bulan lepas. Walaupun tiada sambutan khusus, satu perkara penting perlu dimasukkan didalam kefahaman kita tentang masa, iaitu apakah kiraan untuk umat Islam gunapakai sehari-hari? Sekiranya kita merujuk al-quran, Allah swt ada menyebutkan didalam Surah Al-Taubah, ayat 36, إن عدة الشهور عند الله اثنا عشر شهرا في كتاب الله يوم خلق الس...

Kahwin dengan Orang Arab - Cabaran Bahasa

Alhamdulillah hari ini tergerak untuk berkongsi sedikit pengalaman hidup setelah genap 16 tahun melayari hidup bersama suami semalam 12/12/13. Saya masih ingat pernyataan seorang rakan dari Jordan, "bagaimana satu pasangan mampu memahami satu sama lain, sedangkan bahasa yang digunakan begitu jauh berbeza? " Apakah yang boleh menyatukan hati dua insan yang datang dari latar belakang yang terlalu jauh bezanya? Kata-kata beliau ada benarnya, dan saya akui itulah masalah terbesar yang saya alami sehingga kini. Perkahwinan bukan hanya penyatuan dua jasad tetapi dua hati untuk saling mampu berkongsi cerita suka duka sepanjang tempoh perkahwinan tersebut. Jika dua hati mampu berbicara tanpa mengeluarkan kata -kata alangkah indahnya hidup ini. Realitinya kita memerlukan perkataan-perkataan yang akan diolah menjadi ayat-ayat indah untuk menenangkan hati si pendengar. Semuanya itu terhasil dari "lidah bonda", perkataan-perkataan yang pertama didengar akan meresap ke dala...

Ujian untuk Istiqamah

Alhamdulillah hari ini saya mendapat kekuatan untuk mencoret sedikit kata-kata buat muhasabah diri sendiri. Kadang-kadang kita terpaksa berperang dengan sikap dan tabiat yang kita bina dalam usaha meneruskan apa yang kita cita-citakan. Tabiat itu boleh diubah tetapi ia memerlukan masa, serta kesungguhan diri. Jika tidak ada kesungguhan maka apapun yang dirancang tidak akan menjadi. Bagi saya ujian untuk istiqamah terlalu berat jika ia dilakukan secara bersendirian. Alangkah bahagianya jika kita mempunyai satu kumpulan rakan yang semuanya berusaha untuk memperbaiki diri. Jika ada yang tersasar ada rakan yang mengingatkan. Jika terasa lemah ada rakan memotivasi agar kuat kembali. Ujian datang dalam pelbagai bentuk, semuanya menguji setakat mana kita mampu menghadapinya. Jika lulus maka kita akan mampu naik ke peringkat seterusnya, jika gagal maka kita terpaksa mengulangi episod yang sama. Ujian paling berat buat saya ialah untuk istiqamah dalam melakukan sebarang gerakkerja, keran...

Buku Panduan Tidak Sesuai

Alhamdulillah mampu bercerita lagi, sesuai untuk panduan insan yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan. Alkisah selepas cuti musim panas kami disediakan dapur gas baru. Kali pertama tengok agak terkejut kerana ia buatan negara Islam iaitu Mesir. Terdetik dihati, bagus juga institut ini kerana menyediakan kemudahan buatan orang Islam. Dalam kata lain menyokong produk buatan Muslim. Namun begitu kami perlu memasang sendiri berpandukan buku panduan yang disertakan. Sayang sekali buku panduan yang disertakan hanya memberi panduan umum tentang cara-cara menggunakannya, tanpa memfokuskan tentang produk yang dibeli. Ini, agak berbeza daripada produk-produk lain yang saya selalu guna. Buku panduan tersebut tidak menyebutkan tentang model yang dikeluarkan, sebaliknya menggunakan gambar model yang berbeza daripada model yang disediakan kepada kami. Apakah kami mampu mendapat manfaat daripada buku panduan tersebut ataupun kami mesti pandai-pandai sendiri untuk memasangnya? Maka te...

Undang-undang Keluarga Istimewa di Tunisia

Alhamdulillah, sekarang masuk minggu kedua sesi persekolahan baru di Oman bermula. Anak-anak semakin seronok ke sekolah setiap hari sebagai rutin baru setelah tiga bulan bercuti. Ini bermakna sudah dekat dua minggu kami berada di Oman semula selepas menghabiskan cuti musim panas kali ini di Tunisia. Sepanjang tempoh ini saya hanya bersama dengan anak-anak disini kerana suami masih berada di negara beliau atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan. Apa yang ingin saya kongsikan disini ialah mengenai satu undang-undang kekeluargaan yang agak menarik pada pandangan saya diamalkan di Tunisia. Sebenarnya kami tidak mengetahui kewujudan undang-undang tersebut, sehinggalah saat-saat akhir untuk meninggalkan Tunisia. Ketika itu Pegawai Imigresen Tunisia enggan menguruskan proses mengesahkan paspot saya dan anak-anak untuk keluar dari Tunisia tanpa suami. Beliau meminta saya menunjukkan surat kebenaran daripada Majlis Daerah kawasan dimana suami tinggal, bahawa suami saya membenarkan s...