Permandangan dari Laut

Alhamdulillah kami sekeluarga berkesempatan untuk menaiki bot di Pantai Qantab untuk melihat keindahan bumi ini dari laut. Hayatilah dan syukurilah....


Permandangan Pantai Qantab dari laut
Kawasan batu-batu yang menganjur ke laut, indahnya bila melihat dari laut.

Pulau yang indah berdekatan Pantai
Subhanallah, sebuah pulau yang amat indah, memang tak de pokok pun...hanya pulau kecil berdekatan Pantai Qantab

Lagi pulau di Pantai Qantab

Kawasan tanah tinggi yang menganjur ke laut - memang cantik bila dilihat dari laut

Ini adalah kawasan Hotel Shangri-La Oman bila dilihat dari laut - memang cantik. Kalau nak masuk ke kawasan hotel ini kena ada resit bahawa kita telah menempah bilik di hotel ini, bayarannya amat mahal, kenalah ada lebih kurang R.O 200 (RM 2000) semalaman...kalau tak de memang tak boleh masuk kawasan ini. Apa-apapun kami boleh melihatnya dari laut.
Ini juga sebahagian lagi hotel tersebut.
Alhamdulillah hari ini kami boleh melihatnya dari laut, seronoknya...
Inilah sebahagian lagi keindahan bumi Oman, memang keindahan yang berbeza dari tanah air sendiri. Memang tak ada pokok-pokok di sini, jika inginkan kehijauan kenalah berkunjung ke taman-taman yang ditanam dengan rerumput yang cantik.
Subhanallah...Maha Suci Allah yang menjadikan semua ini.







Ulasan

normi/ummu ameen berkata…
takde pokok...maknanya panas sgt la?? kalau nak piknik2 dok tgh panas la ya? confuse hehehe.....
Aliza Yunus berkata…
Begitulah kira-kiranya Normi, tapi kami selalu bawa khemah, anak-anak pula asyik berendam dalam air je.

Memang panas sangat kat sini sekarang, maklumlah kawasan padang pasir. Rasa terbakar kulit bila keluar.

Tu yang tak sabar nak balik kampung lari dari kepanasan. Atas dunia boleh lari bila terasa panas, akhirat nanti nak ke mana? Tu peringatan buat diri.
Tanpa Nama berkata…
Assalamualaikum Kak Aliza.

Nama saya Khartina, saya tertarik dengan blog akak berkenaan surirumah ini. Saya juga sebenarnya seorang surirumah. Banyak perkara yang saya ingin kongsikan dengan akak. Saya pula sedang menulis buku mengenai surirumah, dan apa yg akak tulis dalam blog akak ni mmg menepati apa yg saya fikirkan.
Jadi, bolehkah akak menghubungi saya di alamat nusratina@yahoo.com atau akak YM saya. Bolehlah kita bertukar2 pendapat.

Sungguh, saya amat berharap dapat berkenalan dengan akak. Sementelahan saya juga Alumni Maahad Muhammadi P.

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Ilmu Allah itu Sangat Luas