Sekadar Berkongsi....Perkataan yang Indah

Alhamdulillah hari ini kita berkongsi satu kisah yang saya terima dalam e-mail sebagai peringatan kepada kita agar bersyukur dengan apa yang kita ada. Mula-mula terasa kelakar membaca cerita tersebut akhirnya ia memberi banyak pengajaran dan peringatan buat diri ini. Memandangkan ia ditulis dalam bahasa Arab jadi terpaksalah saya menterjemahkan cerita tersebut...

"Kisah seorang lelaki yang ingin menjual rumahnya dan berpindah ke rumah yang lebih baik.
Maka beliau pergi bertemu dengan salah seorang sahabatnya, iaitu seorang pakar pemasaran dan meminta tolong agar menulis satu iklan untuk menjual rumah beliau. Kawan beliau yang amat mengenali rumah tersebut dengan senang menulis iklan dengan ditil menceritakan kehebatan rumah tersebut yang terletak di kawasan strategik dan cantik, halaman yang luas, reka bentuk yang cantik dan menarik serta bercerita tentang taman, hamam serta pelbagai.

Kemudian beliau membacakan iklan tersebut kepada tuan rumah yang ternanti-nanti ingin mendengar iklan tersebut.

Apabila mendengarkan gambaran tentang rumahnya beliau amat terkejut, dan menyuruh temannya mengulang sekali lagi membacanya...apabila diulangbaca, si tuan rumah melaung: "alangkah hebatnya rumah itu" sedangkan sepanjang hidupku, aku tercari-cari rumah lain yang sehebat rumah ini, tanpa menyedari bahawa aku telah memilikinya sehingga aku mendengarnya daripadamu. Kemudian di tersenyum dan berkata "tolong jangan siarkan iklan ini...rumahku bukan untuk dijual".

Itulah yang berlaku kepada kita hari ini... kita tidak menyedari bahawa sebenarnya kita telah memiliki banyak perkara yang kita inginkan tapi kita tidak terasa kehadirannya. Malah kita selalu merasakan kekurangan dari banyak sudut. Oleh itu belajarlah mensyukuri apa yang telah kita miliki, serta kurangkan memikirkan kekurangan kita, moga kita akan berbahagia dan beroleh berkat dalam usaha-usaha kita.

Bayangkan berapa ramai insan hari ini sentiasa berharap agar memiliki apa yang dilihat pada orang lain, bila melihat rumah, kereta, handphone, sijil, jawatan orang lain, kita terasa lebih hebat malah menyimpan angan-angan untuk mendapat seperti mereka. Kita kurang melihat pada apa yang sudah ada didepan mata kita, apatah lagi mensyukurinya.

Pengajaran daripada cerita di atas ialah kita hanya mensyukuri apa yang kita ada apabila kita mendengarnya daripada mulut orang lain. Ketika itu barulah kita terasa : "rupa-rupanya aku sudah memilikinya..."

Jadi belajarlah menilai diri sendiri serta bersyukur selalu...tiada kalimah yang lebih elok daripada ucapan 'alhamdulillah' atas setiap nikmat yang dikurniakan Allah kepada kita selama ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Surat Rasulullah SAW kepada Raja Oman

Tujuan Belajar Khat