Sekadar Berkongsi....Tulisan kita mencerminkan Peribadi

Alhamdulillah hari ini kita akan berkongsi tentang tulisan kita mencerminkan peribadi. Sebenarnya saya terbaca tentang ini dalam satu majalah, dan teringin berkongsi disini agar dapat sama-sama kita fikirkan.

Tulisan yang dibincangkan disini bermaksud 'tulisan tangan' ataupun 'khat' sebagaimana yang digunakan dalam majalah tersebut, bukannya penulisan.

Dalam dunia hari ini, kita banyak bergantung kepada komputer dalam urusan menulis sesuatu, termasuklah dalam menyediakan papan tanda-papan tanda dan poster. Kita lebih senang menggunakan perisian komputer serta memilih apa juga bentuk tulisan yang diingini dengan mudah dan cepat. 

Dalam keghairahan menggunakan komputer, kita terlupa untuk memperbaiki tulisan tangan kita. Ramai daripada kita lebih senang mengaku, 'tulisan saya tidak cantik', 'tulisan macam tulisan doktor' serta pelbagai lagi ungkapan yang menggambarkan bahawa kita menerima dengan mudah kekurangan ini. 

Di dalam artikel tersebut, penulis menceritakan tentang seorang bapa yang tidak sanggup melihat tulisan tangan anak remajanya yang sangat buruk. Dia menyuruh anaknya berlatih menulis setiap hari. Ini kerana beliau berpendapat 'tulisan mencerminkan peribadi'. 

Jika kita mengambilberat tentang tulisan kita, kita juga mampu memperbaiki banyak lagi perkara lagi dalam hidup kita ke arah yang lebih baik. Sesuatu yang susah akhirnya akan menjadi mudah jika dilakukan berulang-ulang kali. 

Itulah yang terjadi kepada anak beliau. Berkat latihan meniru 'tajuk-tajuk utama' akhbar, akhirnya anak beliau mampu menulis dengan tulisan yang cantik. Malah anaknya mula menyebarkan idea tersebut kepada kawan-kawannya.

Apakah betul tulisan kita mencerminkan peribadi kita? Sama-samalah kita fikirkan.

Jika anak-anak kita membesar tanpa mengambilkira kekemasan dan kecantikan tulisan, tidak mustahil mereka akan mengambilmudah urusan hidup mereka.

"Ala buat apa tulis cantik-cantik, asal orang boleh baca sudahlah...", "buat aje la asalkan siap, tak cantikpun tak apa"... Inilah diantara ungkapan yang selalu kita dengar yang menunjukkan sikap ambilmudah dalam urusan seharian.  

Terasa benarnya idea dalam tulisan tersebut...bila kita melatih anak-anak kita menjaga tulisan mereka, mereka akan merasa pentingnya menjaga perkara-perkara kecil dalam hidup mereka.

Di samping itu kita dapat melatih mereka membuat sesuatu sehingga ke peringkat terbaik, bukan ala kadar. Bukan senang untuk menghasilkan tulisan yang cantik, akan tetapi jika ia dipraktikkan setiap hari, suatu hari hasilnya akan memuaskan diri kita. 

Akhirnya 'tulisan kita' bukan sekadar tulisan, akan tetapi ia mencerminkan sejauhmana kita menjaga ketertiban, susunan, jarak huruf, jenis huruf serta pelbagai perkara berkaitan dengannya. Itulah peribadi kita..fikir-fikirkanlah.  

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Surat Rasulullah SAW kepada Raja Oman