Biadapkah Saya?

Ada sesuatu yang saya fikirkan, masih bermain-main difikiran ini.
Sudah lama saya lupakan tabiat tersebut, tetapi minggu ini saya terpaksa...akhirnya gagallah impian untuk tidak lagi komen atau kritik orang lain.

Bila fikirkan lagi...tidak salah saya meluahkannya bila kesilapan itu amat jelas. Buat apa saya pendamkan kerana ia akan menyusahkan diri sendiri.

Bila difikirkan lagi...saya berada dibumi orang, apa hak saya untuk membandingkan dengan tanahair sendiri. Jadi biadapkah saya bila mempersoalkan peraturan yang mereka wujudkan yang mana amat menyusahkan kita.

Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, lebih baik negeri sendiri...

Alkisahnya, suami saya terpaksa menjalani pembedahan kecil dan terpaksa dirawat di hospital disini. Ketika inilah saya terpaksa berdepan dengan suasana baru, yang belum pernah saya alami sebelum ini.

Boleh dikatakan pengalaman disini adalah jauh berbeza daripada suasana diluar hospital. Sikap orang Oman dihospital juga jauh bezanya daripada orang Oman yang saya pernah temui selama ini.

Saya terfikir, apa bezanya hospital dan luar hospital? Apakah bila berada dihospital, sikap orang Oman juga menjadi sakit sebagaimana sifat hospital, tempat orang-orang sakit? Ataupun saya turut menjadi sakit, kerana tidak tahan dengan peraturan mereka?

Inilah pengalaman yang tidak ingin saya kenang lagi, tetapi ia telah berlaku, dan masa itu tidak mampu diputar semula. 

Puncanya ialah peraturan mereka tidak membenarkan perempuan berada di wad lelaki, walaupun wanita tersebut berada disebalik tabir serta tidak menyebabkan apa-apa masalah kepada pesakit lain, hanya ingin berkhidmat kepada suami yang masih mengalami kesan ubat bius. 

Disamping itu, isteri tidak dibenarkan untuk berada bersama-sama suami mendengar penjelasan doktor tentang keadaan kesihatan suami di ward. Bagi mereka, biarlah doktor menjelaskan kepada pesakit sendiri kemudian si suami menceritakan kepada isteri ataupun sebaliknya.

Walaupun cuba bersabar, akhirnya saya gagal...apakah saya biadap bila mempersoalkan peraturan mereka, serta melanggar sedikit peraturan tersebut?

Bagi saya, saat-saat suami keluar daripada bilik pembedahan dalam keadaan separuh sedar, adalah saat dimana beliau memerlukan bantuan saya. Akan tetapi apabila jururawat dengan lantang berkata "wanita dalam ward lelaki", serta mengulang-ulang berkali-kali. 

Saya terpaksa meninggalkan suami sendirian disitu, dan kembali ke sana beberapa jam kemudian. Memang saya terasa bersalah kepada suami, tetapi demi meredakan diri, lebih baik saya beredar.

Apabila urusan anak-anak selesai, saya kembali ke sana serta menyelit masuk ke ward semula...sangkaan saya tepat, ternyata suami amat memerlukan bantuan saya ketika itu. Alhamdulillah saya sampai tepat pada waktunya.

Keesokannya terjadilah episod yang tidak diingini tersebut, saya terpaksa berdebat dengan staff nurse, demi mempertahankan tindakan saya...serta mengeluarkan kata-kata "jika mereka merasakan saya perempuan berada di ward lelaki, apakah semua nurse yang bertugas tersebut bukan perempuan...jika mereka merasakan perempuan tidak boleh berada di ward lelaki, maka tukarkanlah semua nurse tersebut kepada nurse lelaki". 

Diikuti "apakah hikmah mereka tidak membenarkan isteri mendengar penjelasan tentang kadar kesihatan suami mereka?", Apakah bila suami balik ke rumah dalam keadaan sakit, suami terpaksa memberitahu segala-galanya semula kepada isteri, agar isteri memahami keadaannya?

Suami saya sendiri ingin doktor menjelaskan sendiri keadaannya kepada saya, kerana yakin bantuan saya amat beliau perlukan bila kembali ke rumah.

Sesungguhnya saya belajar banyak perkara disitu, dan saya yakin inilah salah satu punca masalah tekanan perasaan yang dialami oleh ramai wanita Oman apabila usia mereka mencecah 40 tahun ke atas.

Saya juga belajar menilai diri...saya masih belum mampu berubah sepenuhnya, sifat tidak boleh berdiam diri apabila kesilapan jelas berlaku. Saya mesti belajar memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.

Moga Allah memberi kekuatan kepada saya serta menyembuhkan penyakit suami saya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Surat Rasulullah SAW kepada Raja Oman