Keselamatan Anak-anak dirumah

Banyak kali terbaca tentang kemalangan dirumah yang berlaku kepada anak-anak kecil, yang mana kejadian tersebut dapat dielak jika ibubapa merancang keselamatan dalam rumah apabila mendapat anak kecil.

Alhamdulillah suami saya begitu perihatin tentang bab-bab keselamatan, memandangkan kami mempunyai 4 orang anak kecil yang membesar bersama-sama. Jika tidak merancang tentang peralatan didalam rumah, tentu kami akan sentiasa risau dan bimbang.

Diantara tempat yang utama untuk diberi perhatian ialah dapur, pastikan ada penghalang ke dapur, jadi anak-anak tidak berpeluang menghampiri bahagian tersebut dirumah. Ada pelbagai jenis pintu yang boleh digunakan dijual di Baby Centre, yang mana boleh kita pasang dengan mudah, dan alihkan jika kita berpindah ke rumah lain.

Membiarkan anak-anak kecil keluar masuk kedapur bermakna kita mendedahkan mereka kepada pelbagai kemungkinan negatif, yang mana akhirnya kita yang menyesal jika berlaku perkara yang tidak diingini. Itu belum termasuk memecahkan pinggan mangkuk, cawan serta peralatan dapur, yang juga boleh menyebabkan mereka terkena kaca dan cedera.

Bayangkan kemungkinan yang bakal berlaku jika kita tidak berhati-hati, kadang-kadang ketika memasak anak-anak datang dekat serta menarik peralatan memasak. Jika kita berhati-hati daripada awal,kita dapat menyelamatkan anak-anak kita daripada kecederaan yang tidak disangka-sangka.

Ketika kita memasak, pastikan anak-anak kecil berada jauh daripada kita, sediakan permainan yang mereka sukai, serta latih mereka bermain sendirian seketika. Jika ada adik-beradik lain, urusan tersebut menjadi lebih senang kerana mereka dapat bermain bersama-sama.

Manakala tempat-tempat lain dirumah kita, pastikan perabut yang kita gunakan tidak berbucu tajam, yang boleh menyebabkan kecederaan kepada anak-anak jika mereka terhantuk atau terlanggar bahagian tersebut.

Mungkin ada yang menyatakan bahawa jika dah ketentuan nak jadi, kita kenalah terimanya, tetapi merancang keselamatan dalam rumah adalah tugas kita, kerana anak-anak masih kecil serta belum mengerti. Apa yang mereka tahu ialah ingin mencuba. 

Jika kita mengambil mudah tentang keselamatan dirumah kita, akhirnya kita yang akan menanggung akibatnya. Jadi beringat adalah lebih baik daripada menyesal kemudian.

Insya Allah, jika kena caranya anak-anak yang tidak dikenalkan dengan barang-barang dapur semasa kecil akan mampu menyediakan minuman sendiri, menyenduk makanan sendiri bila sudah mula bersekolah.

Sama-samalah kita memastikan keselamatan dirumah kita terjaga, agar kehidupan kita sekeluarga tenang selalu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Surat Rasulullah SAW kepada Raja Oman

Tujuan Belajar Khat