Kembali ke Oman
Alhamdulillah program cuti-cuti di Malaysia selama tiga bulan telahpun berakhir lebih kurang dua minggu lepas. Terasa begitu cepat masa berlalu, pelbagai kenangan manis selama percutian kali ini akan tetap kekal dimemori ini.
Alhamdulillah dekat dua minggu juga kami kembali ke Oman, memulakan kehidupan dirantauan semula...kehidupan yang jauh daripada sanak-saudara dan rakan-rakan karib.
Begitu juga anak-anak sudah seminggu memulakan sesi persekolahan baru disini, setelah begitu lama bercuti daripada buku-buku dan kerja-kerja sekolah. Moga sesi kali ini lebih baik daripada sebelumnya.
Maka bermulalah rutin seharian seorang surirumah, moga surirumah ini mampu menjadi lebih efektif daripada sebelumnya.
Alhamdulillah dan terima kasih buat kedua ibubapa, semua ahli keluarga, sanak-saudara dan rakan-rakan yang banyak membantu mencatat memori indah dalam percutian kami kali ini. Moga Allah mempertautkan hati-hati kita walaupun kami kembali berada jauh daripada anda semua. Barakallahu lakum..

Ulasan