Datang dan Pergi - Bersahabat kerana Allah

Alhamdulillah...bersyukur kerana masih mampu menulis disini.
Apa yang ingin dikongsikan?
 
Perjalanan bulan March penuh dengan kenangan pahit dan manis, pertemuan, perpisahan dan pertemuan kembali dengan rakan-rakan lama.
 
Alhamdulillah 'ala kulli hal...
Begitulah kehidupan diperantauan, kita dipertemukan dengan insan, bermesra berukhwah, menjalin ikatan kemudian berpisah. Ada kala ia begitu memedihkan hati, namun kita mestilah redha dengan segala ujian yang dihadapi.
 
Moga Allah menemukan kita dengan insan yang ikhlas menjalin hubungan kerana-Nya, dimana-mana saja kita berada.
 
Apa yang mesti diingati ialah pastikan ikatan itu ikhlas kerana Allah swt, jika tidak berkesempatan bertemu didunia, kita akan bertemu diakhirat nanti. Sebagaimana yang disebutkan dalam hadis "7 golongan yang akan bernaung dibawah bayangan arasy diakhirat nanti....golongan yang bertemu dan berpisah kerana Allah swt...."
 
Dalam sedih ada gembira, itulah perasaan saya bulan lepas, ketika dalam mood sedih kerana terpaksa berpisah dengan sahabat yang amat memahami, Allah datangkan kunjungan rakan lama yang sudah lima tahun terpisah, juga pertemuan kembali dengan rakan sekolah rendah yang singgah sebentar di Muscat, sebelum mengerjakan umrah di Makkah dan Madinah.
 
Begitulah bila kita terlalu lama berada disatu-satu tempat, kitalah yang menyimpan kenangan ditempat itu, insan datang dan pergi, masa berubah tetapi tempat itu tetap kekal sepertimana kita letakkan dihati kita.
 
Jika kita menyayangi tempat tersebut, in shaa Allah ia akan menjadi satu tempat untuk kita abadikan kenangan hidup kita selama usia kita. Namun jika kita terlalu memandang negatif tempat tersebut, apakah ia dapat mengikat kita untuk berada disitu?
 
Teringat kenangan seorang kenalan Palestin yang menetap di Sudan, beliau datang ke sini untuk temuduga kerja, sebaik saja menjejaki kaki ke Muscat, beliau terus memberikan komen-komen negatif tentang tempat ini. Hati saya berkata, untuk apa beliau menyusahkan diri datang ke sini dengan tergesa-gesa (hingga menyukarkan urusan kami), sedangkan beliau tidak menghargai tempat ini. Akhirnya beliau gagal dalam peperiksaan doktor disini, serta tidak dapat peluang untuk bekerja disini.
 
Mungkin juga tanggapan saya salah, tetapi bagi saya biarlah kita cuba mencintai bumi Allah, walau dimana kita berada, bak kata pepatah kita "dimana bumi dipijak disitu langit kita junjung".
 
Bagi saya, setiap kejadian Allah ada keunikan tersendiri, banyak perkara yang mampu kita pelajari jika kita memandangnya dengan positif, subhanallah.
 
Ramai kenalan Arab bertanya kenapa saya sanggup berada di Oman, sedangkan Malaysia begitu cantik dan indah. Ada juga yang menyatakan 'jika saya menjadi anda, saya tidak akan tinggalkan tanahair yang ada segala-galanya, kemajuan, keindahan, kemudahan bahkan segala-galanya cantik'.
 
Itu kata mereka...tetapi saya mencari sesuatu, sesuatu yang tidak ada ditanahair sendiri, bahkan disini juga agak sukar untuk ditemui...ia seumpama mencari permata didalam timbunan batu-batu kecil, jika bertemu kita patut bersyukur, jika masih belum bertemu, sabar dan redhalah...
 
Sebenarnya saya mencari insan berhati mulia, insan yang benar-benar ikhlas bersahabat untuk membuktikan kebenaran kata-kata suami mengenai orang Malaysia.
 
Insan datang dan pergi...kitalah yang menentukan kehidupan kita, apakah ia akan tetap sebegitu ataupun ia berubah mengikut masa..Moga kita mampu menjadi insan yang mampu memberi semangat dan kekuatan buat insan lain, dalam mengatur kehidupan ditempat baru.
 
Redhalah dengan ketentuan Allah, setiap apa yang berlaku ada hikmahnya buat diri kita...

Ulasan

asmasalsabila@ymail.com berkata…
Assalamualaikum Pn. Aliza,
Semoga Puan dalam keadaan sihat sejahtera bersama keluarga.
Saya baru menemui blog Puan selepas saya mencari maklumat tentang almarhum mufassir Ahmad Sonhadji. Alhamdulillah, rezeki Puan dapat bertemu empat mata dengan beliau.
Untuk pengetahuan Puan, saya merupakan pelajar tahun pertama ijazah kedoktoran, dan berminat utuk mengkaji tafsir di alam melayu ini.

Doakan saya dipermudahkan di laluan ini, dan sekiranya Puan mempunyai sebarang tips dalam penulisan akademik untuk dikongsi, amatlah saya hargai..:)

Jazakumullah khayr..

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Ilmu Allah itu Sangat Luas