Musim Panas 2013
Cuti musim panas kali ini sudah hampir ke penghujung, apa yang nyata kami sudah bersedia untuk meninggalkan tempat ini.
Mungkin cuti ini adalah cuti yang paling tidak bermakna buat kami, apa-apapun kami redha menerimanya.
Kadang-kadang kita merancang tetapi perancangan Allah lebih baik untuk kami.
Jika kita menerima ketetapan itu dengan redha, kita akan berasa tenang. Ia lebih baik daripada mengharapkan sesuatu di luar kuasa kita.
Sesungguhnya cuti kali ini mengajar diri ini banyak perkara tentang hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia.
Sebelum meletakkan kesilapan kepada orang lain, lebih baik memperbaiki diri sendiri. Ini kerana kita tidak mampu mengawal sesuatu diluar diri kita.
Apatah lagi bila kita berada di suatu tempat yang begitu jauh berbeza daripada adat dan budaya kita sendiri. Apa yang boleh dikata...redhalah menerimanya.
Bila cuti berakhir, maka anak-anak akan memulakan kembali perjuangan mereka dalam menuntut ilmu.
Bagi anak lelaki, kembali ke sekolah bermakna mereka akan mula belajar semula, sesuatu yang amat berat untuk mereka yang lebih suka bermain.
Ia berbeza daripada anak perempuan yang sentiasa menunggu waktu untuk kembali ke sekolah, kembali bertemu teman-teman sekelas setelah lama bercuti.
Moga semester baru yang bakal bermula seminggu lagi akan memberi semangat baru buat anak-anakku. Selamat berjuang.
Ulasan