Aktifkan Diri Menulis

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana masih mampu mencatat sesuatu disini.

Kadang-kadang hati begitu bersemangat untuk menulis serta berkongsi apa yang difikirkan disini, idea datang mencurah-curah ketika sedang fokus urusan lain. Hasilnya idea tersebut hilang begitu saja.

Kadang-kadang terasa ingin meluahkan perasan disini, tetapi bila difikirkan kembali, blog ini bukanlah untuk meluahkan emosi. Bila hati kembali tenang segala perkara yang ingin dikongsikan dilupakan begitu saja.

Kadang-kadang ingin berkongsi kemeriahan aktiviti yang dijalani, tetapi ditangguhkan dulu...maka semuanya berakhir tanpa ada catatan mengenainya.

Setiap hari yang dilalui merakam bersamanya pelbagai perasaan suka duka, ketawa dan menangis kerana itulah kehidupan. Apa yang pasti setiap apa yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi, ada rahsia yang Allah sediakan untuk kita merasainya.

Jadi...walau apapun yang berlaku, tabahkan hati melaluinya kerana semua pengalaman tersebut akan menjadi begitu manis bila ia berlalu.

Moga segala catatan disini mampu memberi sumber kekuatan bila ia diulangbaca suatu ketika nanti.

Moga Allah memberi kekuatan kepada diri ini untuk terus berkongsi idea dan pendapat disini secara berterusan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Surat Rasulullah SAW kepada Raja Oman