Ilmu CVT Lagi - Bunyi itu Ubat

Bismillah...
Alhamdulillah syukur kepada Allah swt kerana masih memberi kesempatan kepada saya untuk berkongsi disini.

Kali ini saya ingin bercerita tentang bunyi, sesiapa yang belajar bidang sains mungkin lebih arif tentang tajuk ini, saya sekadar ingin berkongsi sedikit ilmu yang pernah diperolehi suatu ketika dulu.

Bunyi memainkan peranan besar dalam hidup kita, bunyi yang sama akan melekat dalam memori kita, bila didengari berulangkali. Kadangkala kita mampu menyanyikan lagu dan bunyi muzik yang pernah kita dengar berpuluh tahun lalu tanpa perlu bersusah payah mengingat kembali.

Ketika kita lahir kita diperkenalkan dengan bunyi azan dan iqamat, iaitu bunyi yang diformatkan ke dalam memori kita. Bayangkan jika kita dihidangkan dengan bunyi-bunyi lain sebagai bunyi pertama kita dengari sebaik saja kita dilahirkan. Minta dijauhkan semua itu.

Bunyi yang terlalu kuat boleh memecahkan aura kita, serta menimbulkan perasaan resah dan gelisah kepada kita. Ini dapat kita rasakan apabila mendengar muzik dan paluan yang terlalu kuat. Anak-anak kecil akan menangis serta terkejut bila terdengar bunyi yang terlalu kuat. Bunyi terkuat yang akan kita dengar suatu ketika nanti ialah bunyi sangkakala yang akan menghancurkan alam ini. Itulah kuasa bunyi...

Sebaliknya bunyi-bunyi yang perlahan dapat menjadi ubat kepada manusia. Jika kita selalu ke pantai, kita dapat merasai betapa tenangnya deruan ombak, alunan bunyi ombak yang teratur tersebut mampu menjadi ubat kepada kita. Begitu juga bunyi arus sungai, air terjun, bunyi kicauan burung dan serangga semuanya menjadi ubat bagi insan yang menghargainya.

Namun begitu bunyi yang terindah adalah alunan ayat-ayat suci al-Quran. Ia mampu menenangkan setiap orang yang mendengar dan menghayatinya.

Oleh itu cubalah untuk menukar kebiasaan kita kepada yang kurang biasa, jika biasa mendengar alunan muzik cubalah bertukar kepada mendengar alunan ayat-ayat suci al quran. Moga kita sentiasa tenang sepanjang hari.

Bunyi-bunyi ayat quran dan alunan zikir mempunyai frekuensi tertentu yang sesuai dengan organ tertentu didalam tubuh kita. Jika kita membiasakan diri mendengarnya insya Allah tenaga bahagian tersebut akan stabil, kita juga akan positif dalam tindak tanduk kita sehari-hari. Subhanallah...begitu indah ilmu ini bagi insan yang ingin memahami.

Moga Allah memberi ketenangan yang berpanjangan kepada kita sekeluarga.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Surat Rasulullah SAW kepada Raja Oman