Tujuan Belajar Khat
Seni Khat adalah satu seni yang abstrak, tapi mudah untuk dipelajari kerana ia mempunyai kaedah yang jelas. Walaupun ia semakin dilupai, ia tetap dipelajari oleh orang-orang yang meminatinya. Cuma ramai yang tidak jelas tentang tujuan mempelajarinya, termasuklah saya suatu ketika dulu. Di Oman, pelajaran seni khat mula diperkenalkan dalam matapelajaran Bahasa Arab semenjak darjah tiga asasi. Akan tetapi ia tidak menitikberatkan sistem yang tersusun, menyebabkan ia tidak dapat menarik minat pelajar. Pelajar cuma dibekalkan dengan buku khat yang memfokuskan tulisan kata-kata hikmah, tanpa asas menulis yang jelas. Bermula darjah lima pelajar akan diberi buku khat riqaah, juga tanpa kaedah yang jelas. Begitulah kedudukan seni ini, walaupun keperluannya amat meluas untuk ditulis di semua papan tanda. Memandangkan urusan ini boleh dilakukan dengan komputer, jadi seni ini dianggap tidak memberi erti lagi. Malangnya tulisan khat yang dihasilkan melalui komputer tidak memaparkan kesenian ini ke
Ulasan