Hanya Tempat Persinggahan

Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt atas segala kurniaan- Nya kepada kami disini.

Alhamdulillah, syukur juga kerana Dia memberi peluang untuk saya bertemu insan senegara disini, meskipun hanya sekadar pertemuan.

Kadang-kadang hati terasa hiba mengenangkan apa yang ditempuhi tetapi Dia memberi kekuatan lain. Alhamdulillah 'ala kulli hal.

Bila hati redha dengan apa yang berlaku, kita akan lebih tenang dan bahagia. Sesungguhnya Dia mengurniakan apa yang terbaik untuk kita, meskipun kita tidak memahaminya.

Syukurlah dan redhailah apa yang berlaku. Itulah saja cara untuk memujuk hati.

Bila dikenang kembali, sepanjang bermastautin disini saya berjumpa pelbagai kategori manusia, ada yang hanya menyapa ketika inginkan sesuatu, ada yang sekadar berhubung ketika diperlukan, ada yang rapat dan begitu menyentuh hati serta ikhlas bersahabat.

Namun setiap kali ada insan yang disayangi, yang betul-betul ikhlas bersahabat, mereka akan berpindah ke tempat baru.

Begitulah hidup diperantauan, ia sekadar tempat persinggahan, dimana kita bertemu dan bersahabat. Jika ada keikhlasan dihati, maka kita akan berusaha untuk menyuburkan persahabatan itu.

Ada kala kita terpaksa bersendiri, itulah peluang yang Allah berikan untuk kita muhasabah diri, serta mengisi kekuatan untuk meneruskan perjuangan suatu ketika nanti. Oleh itu bersyukurlah selalu dengan kurniaan ini, serta mantapkanlah pengisian diri.

Redhalah dengan kurniaan Allah, kerana Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Surat Rasulullah SAW kepada Raja Oman

Tujuan Belajar Khat