Ayat Pilihan 1

Semenjak mempelajari khat secara serius, aku memang suka mencoretkan ayat-ayat tertentu dan ia menjadi pegangan hidupku. Di antara ayat-ayat kegemaranku semenjak dari sekolah menengah ialah ayat tentang bulan dan matahari yang bermaksud "dan DIA menundukkan bagimu matahari dan bulan yg terus beredar (dalam orbitnya) dan telah menundukkan bagimu malam dan siang..." dimana aku menulisnya di gambar-gambar pemandangan pilihanku tanpaku sedari ada sesuatu yg tersurat di situ.

Setelah melanjutkan pelajaran dan mendalami tentang tafsir maudui, aku merasakan ada sesuatu yg perlu diperjelaskan dan perlukan pengkajian lebih mendalam tentang ayat-ayat tersebut. Rupa-rupanya baru ku sedari ada banyak ayat yg lebih kurang sama diulang-ulang dalam al-Quran. Allah swt mengulang penjelasan yg sama sebanyak 9 kali dalam surah yang berbeza. Mengapa ia diulang berkali-kali?

Memang ada banyak ayat tentang bulan dan matahari dalam al-Quran, tetapi ayat yang menceritakan bahawa bulan dan matahari beredar diulang sebanyak 9 kali. Apakah ini menunjukkan bahawa matahari juga beredar dalam orbit seperti bulan? Apakah apa yg kita pelajari selama ini tidak betul? Matahari berada ditengah-tengah maknanya matahari tidak beredar, cuma bergerak di tempatnya. Apakah itu maksud ayat tersebut? Memang tajuk ini menjadi sangat menarik bagiku semenjak mendalami tafsir ayat-ayat tersebut.

Setelah membaca pelbagai artikel tentang sistem tatasuria, aku mendapat cerita bahawa sebenarnya sistem copernican yg diterima pakai hari ini adalah penjelasan yg baru, sedangkan dari zaman yunani lagi manusia menjelaskan bahawa matahari beredar mengelilingi bumi sebagaimana yg dapat kita lihat dengan mata kasar kita sehari-hari. Malah kitab-kitab tafsir juga menafsirkan perkara sama, lebih menarik lagi ulama-ulama Islam Al-Azhar dipaksa menerima tafsiran baru iaitu bumi beredar mengelilingi matahari sekitar akhir tahun 1960an. Betapa hebatnya pihak barat menyusun strategi mereka hinggakan umat Islam hari ini tidak tahu lagi tentang perkara ini, malah kita menerima sepenuhnya penjelasan mereka mengenai susunan sistem suria.

Mengkaji, meneliti dan berfikir tentang kejadian alam berpandukan al-Quran akan membawa kita menghayati kekuasaan Allah swt, akan tetapi amat malang bagi umat Islam hari ini kerana amat ketinggalan tentang ilmu ini, terpaksalah kita menerima penjelasan barat walaupun ia bertentangan dengan ayat-ayat al-Quran yg suci.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Surat Rasulullah SAW kepada Raja Oman

Tujuan Belajar Khat