Kelas Advance CDPR -1

Alhamdulillah hari ini saya berpeluang mengikuti secara live kelas Advance "Cermin Diri Pantulan Rezeki" yang dikendalikan oleh Coach Nora Zyan dari Satria Cinta. Kelas ini akan berlangsung selama dua bulan.

Sebelum ini saya mengikuti kelas Cermin Diri Pantulan Rezeki selama 31 hari. Kelas yang berlangsung selama sebulan dengan pelbagai terapi itu amat menarik dan banyak membantu saya mengurus emosi.

Bagi saya, menuntut ilmu itu amat perlu setiap masa, tidak kira lah secara berdepan atau online. Memandangkan saya berada jauh dari Tanahair, saya memilih untuk belajar secara online.

Apa yang best sangat tentang kelas ini?

Ia adalah sambungan perkongsian yang saya pelajari sebelum ini, malah lebih mendalam.

Bagi saya, kita amat perlu kepada ilmu mengurus emosi, kerana ia akan memberi kesan kepada hubungan kita dengan insan disekeliling kita. Sekiranya kita mampu mengurus emosi dengan baik, kita akan merasa tenang dan bahagia setiap masa.

Dalam kelas hari ini kami belajar tentang Self Hypnosis dan mengembara ke dalam diri. Alangkah indahnya kehidupan sewaktu kecil dan remaja, segalanya indah dan manis untuk dikenang.

Semoga saya mampu merungkai misteri yang menyelubungi diri ini, dan bangkit semula sebagai insan berjaya.

Alhamdulillah 'ala kulli hal.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Surat Rasulullah SAW kepada Raja Oman