Catatan

Kenangan Persahabatan

Bila mengenang kembali peristiwa yang dilalui sepanjang hidup ini, maka timbullah kembali cerita-cerita lama yang dilalui bersama-sama insan yang bernama SAHABAT. Sama ada dia seorang sahabat karib, atau sempat berkenalan sekejap sahaja, ia akan tetap hidup dalam memori orang memahami "apa itu sahabat?" Bila kita baca sirah hidup Rasulullah SAW, kita akan bertemu cerita-cerita insan yang dinamakan "Sahabat Rasulullah", mereka yang pernah bertemu dengan baginda semasa hayat baginda, termasuklah sahabat yang menyampaikan ajaran baginda kepada generasi seterusnya. Mereka begitu ikhlas menyampaikan dakwah Islam serta meneruskan perjuangan baginda, sehingga ada yang sanggup berpindah ke tempat lain semata-mata kerana ingin meluaskan dakwah baginda. Begitulah hebatnya sahabat Rasulullah saw. Menurut sejarah pada masa kewafatan Rasulullah saw, baginda mempunyai lebih daripada 100 ribu sahabat. Namun begitu, Rasulullah cuma mempunyai empat orang sahabat sejati, yang betul-b...

Ilmu Allah itu Sangat Luas

Bila bercerita tentang ilmu, memang ia tidak akan habis. Semakin kita cari ia akan semakin berkembang, itulah yang dijelaskan oleh Allah swt dalam Surah Al-Kahfi: 109 yang bermaksud: "Katakanlah: "kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk menulis kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habis lah lautan itu sebelum habis ditulis kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)". Sememangnya ilmu-ilmu Allah itu amat luas, carilah ia kerana ia akan menjadi 'Nur' dalam kehidupan kita. DIA memberi ilmu kepada setiap hamba-Nya sama ada disedari ataupun tidak. Kadang-kadang kita merasakan bahawa orang lain begitu hebat, memiliki ilmu yang luas, tanpa melihat ke dalam diri sendiri. Bila kita menilai diri sendiri, barulah terasa bahawa kita juga memiliki ilmu yang tidak ada pada orang lain. Pengalaman hidup kita itulah ilmu yang paling berharga. Jadi bila kita fikirkan balik, semua orang memiliki ilmu yang boleh dikongsi dengan orang lain. Bila kita...

Petua atasi batuk dan demam

Alhamdulillah semenjak berada dirumah sebagai surirumah, anak-anak saya tidak mengalami masalah kesihatan, mungkin kerana emosi mereka terjaga, serta dah semakin besar. Jika diingatkan semasa saya bekerja dulu setiap minggu ada saja yang demam, batuk dan selsema. Tapi saya memang tidak suka memberi ubat dan antibiotik kepada anak-anak walaupun mereka demam. Saya akan cuba mencari penyelesaian cara lain seperti petua-petua dan amalan tertentu. Namun begitu pada peringkat awal kanak-kanak saya memberikan anak-anak ubat homopati, kemudian bertukar kepada CVT.Sekarang saya lebih suka mengamalkan petua untuk mencegah masalah tersebut daripada berlaku. Alhamdulillah semenjak berpindah ke Oman, saya mencuba petua untuk menggantikan ubat-ubatan hospital kepada anak-anak, dan saya dapati ia amat berkesan kepada anak-anak saya. Saya lebih suka menggunakan cara menyejukkan badan anak-anak setiap kali mereka demam. Apabila saya melihat mata anak-anak agak tidak ceria dan bersinar seperti biasa, sa...

Sekadar Berkongsi...makanan anak-anak

Bila melihat kandungan e-mail yang saya terima, boleh dikatakan bahawa selalu ada cerita tentang makanan dan minuman yang dijual diluar, ada yang mengandungi bahan-bahan syubhah, akan yang dicampur dengan bahan yang tidak boleh dimakan serta pelbagai lagi. Hari demi hari masalah berulang, entah bila dapat diatasi... tapi informasi yang belum pernah saya terima ialah kesan negatif yang didapati daripada buah-buahan. Nampaknya cara terbaik yang boleh kita lakukan untuk mengelakkan masalah ialah dengan memakan buah-buahan. Didiklah anak kita memakan buah-buahan yang begitu banyak dan murah di Malaysia. Sebenarnya itulah yang buat kami "rasa kekurangan" bila berada disini. Maklumlah keluarga kami dah terbiasa dengan makan buah-buahan terutama ketika berada di Kuala Lumpur. Buah-buahan boleh didapati dengan mudah dan murah serta segar jika dibandingkan dengan keadaan di sini. Kebanyakan buah-buahan diimpot, telah disimpan beberapa lama sebelum dijual dikedai. Itulah kelebihan yang...

Sijil Menjadi Ibu

Alhamdulillah, saya merasa bertuah kerana telah dikurniakan sijil menjadi ibu, setelah berjaya menamatkan sijil sarjana saya. Walaupun tidak ada majlis konvokesyen rasmi tapi ia amat bererti bagi saya. Pengalaman empat tahun berturut-turut menghadapi ujian ini memang mengajar saya pelbagai perkara yang tidak pernah saya fikirkan sebelum ini. Sememangnya kita hanya merancang tapi Allah telah menetapkan segala-galanya. Apakah kita mampu mengubah ketetapan itu? Kemudian ditetapkan juga pelbagai ujian sampingan lain, yang agak berat bila difikirkan. Tapi jika dibandingkan dengan insan lain barulah terasa sedikit saja ujian yang dihadapi itu. Bersama-samanya disediakan anugerah lain yang tidak terbatas alhamdulillah. Sijil menjadi ibu ini amat penting kerana ia dianugerahkan bersama-sama tanggungjawab yang amat berat untuk dilaksanakan. Apabila mendapat sijil ini maka bermulalah tanggungjawab yang tidak akan berakhir hingga akhir hayat kita. Tanggungjawab mendidik insan bukan seperti tug...

Apa ada pada Sijil?

Manusia hari ini berlumba-lumba untuk memiliki pelbagai sijil yang dianggap tiket untuk menempa kejayaan. Ada sijil akademik, sijil kemahiran, sijil kursus serta pelbagai lagi sijil. Teringat kisah lama dimana setiap pelajar akan sibuk mengumpulkan sijil, terutama ketika ingin mengisi borang permohonan untuk sambung belajar. Ketika itu kita akan terasa hebatnya kawan-kawan yang memiliki banyak sijil serta memiliki pencapaian yang baik. Masa itu sijil menjadi begitu berharga. Jadi bila berada di universiti ramai pelajar yang berusaha mengumpulkan pebagai sijil, dengan anggapan dapat membantu mereka ketika tamat pengajian nanti. Malah ada pelajar yang sanggup ponteng kelas semata-mata membuat persediaan untuk program yang akan menjanjikan sijil kepada mereka. Itulah harga sijil... Jadi dimana-mana saja orang akan bercerita tentang kehebatan sijil, tanpa menyedari apa yang ada disebalik semua sijil-sijil tersebut. Sebenarnya ada pelbagai kisah suka-duka sepanjang pencarian sijil-sijil ter...

Sekadar berkongsi...buku-buku tentang wanita dan pendidikan anak-anak

Alhamdulillah semenjak berada di rumah, saya berpeluang membaca beberapa buah buku tentang wanita dan anak-anak. Buku-buku hasil kajian Syeikh Khalid Abdul Rahman Al-'Ak amat menarik hati saya. Ini kerana terdapat beberapa buah buku yang beliau hasilkan menurut Al-Quran dan al-Sunnah, antaranya adaab al-hayah al-zaujiyyah, binaa al-usrah al-muslimah, tarbiyatul abnaa wal banat, syaksiyyah al-mar'ah al-muslimah, al-muharramat 'ala al'ma'rah al-muslimah, dan 'wajibaat al-mar'ah al-muslimah'. Pejelasan yang diberikan amat menarik serta disisipkan dengan dalil-dalil daripada al-quran dan al-sunnah. Namun begitu saya kurang pasti adakah terdapat terjemahan buku-buku ini ke dalam bahasa Melayu. Jadi bagi akhawat yang boleh memahami bahasa Arab, elok juga mendapatkan ilmu daripada buku-buku ini. Sekurang-kurangnya kita cuba memahami sendiri apa penjelasan Islam tentang perkara-perkara pokok dalam kehidupan wanita. Sememangnya saya akui sebelum berada dirumah, s...