Sekadar Berkongsi...makanan anak-anak

Bila melihat kandungan e-mail yang saya terima, boleh dikatakan bahawa selalu ada cerita tentang makanan dan minuman yang dijual diluar, ada yang mengandungi bahan-bahan syubhah, akan yang dicampur dengan bahan yang tidak boleh dimakan serta pelbagai lagi.

Hari demi hari masalah berulang, entah bila dapat diatasi... tapi informasi yang belum pernah saya terima ialah kesan negatif yang didapati daripada buah-buahan. Nampaknya cara terbaik yang boleh kita lakukan untuk mengelakkan masalah ialah dengan memakan buah-buahan. Didiklah anak kita memakan buah-buahan yang begitu banyak dan murah di Malaysia.

Sebenarnya itulah yang buat kami "rasa kekurangan" bila berada disini. Maklumlah keluarga kami dah terbiasa dengan makan buah-buahan terutama ketika berada di Kuala Lumpur. Buah-buahan boleh didapati dengan mudah dan murah serta segar jika dibandingkan dengan keadaan di sini. Kebanyakan buah-buahan diimpot, telah disimpan beberapa lama sebelum dijual dikedai.

Itulah kelebihan yang tiada gantinya. Bagi kami sekeluarga buah-buahan dah jadi makanan penting, rambutan, mangga, honey diew, tembikai serta pelbagai lagi buah memang membantu dalam mengisi perut. Anak-anak juga dah terbiasa dengan buah-buahan, jadi mereka tidak merengek untuk makan makanan lain yang belum tentu tahap kesuciannya.

Malah bila keluar berjalan-jalan juga kami memilih buah-buahan. Yang seronoknya buah-buahan tempatan memang murah, dan baik untuk kesihatan. Kami sekeluarga dah biasa menghabiskan 4- 5 kilo buah-buahan tempatan sehari, hahaha. Apa sangatlah harganya jika nak dibandingkan dengan kelebihan yang kami dapat.

Kebaikannya ialah ia dapat mengurangkan tugasan surirumah. Jika sebelum itu saya terpaksa menyediakan pelbagai kuih-muih tapi bila mula gaya hidup ini, saya tidak perlu lagi menyediakan kuih-muih, kerana buah-buahan dapat dibeli dan makan tanpa perlu dimasak. Jumlah kekerapan memasak kuih-kuih dapat dikurangkan, malah jumlah kalori juga berkurangan. Alhamdulillah.

Memang pada mulanya agak susah, tapi jika anak-anak didedahkan dengan pemakanan sebegini sejak kecil, mereka akan lebih menyukai buah-buahan daripada makanan lain. Oleh itu kita mestilah pastikan peti sejuk kita isi dengan buah, kerana bila mereka terasa lapar, mereka akan menerima buah sebagai 'snack' mereka.

Itulah masalah kami di sini, buah-buahan tidak banyak tapi disebabkan anak-anak dah terbiasa dengan buah terpaksalah disediakan juga termasuklah kurma. Cuma disini anak-anak cuma menerima buah-buah kurma yang baik seperti khalas, kalau kurma lain mereka tak makan. Alhamdulillah kesihatan anak-anak lebih baik bila dah biasa memakan buah.

Jadi jangan risau dengan makanan ringan yang dijual dikedai-kedai, bila anak-anak dan terbiasa dengan pemakanan sebegini, mereka akan lebih bijak memilih makanan. Cubalah, insya Allah ia akan membantu anda...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Surat Rasulullah SAW kepada Raja Oman