Oman oh Oman...
Alhamdulillah kami selamat tiba di bumi Oman semula setelah lebih dua bulan berada di Malaysia. Inilah kali pertama saya berada lama di kampung halaman semenjak menjejaki kaki ke pusat pengajian tinggi 20 tahun lalu, seterusnya bekerja dan berkahwin. Sememangnya begitu banyak pengalaman yang diperolehi kali ini, yang tiada bandingannya. Segala ketetapan Allah begitu cantik, yang mana saya berpeluang untuk menilai diri serta mengimbas pelbagai peristiwa yang pernah dilalui sebelum ini. Sesungguhnya tiada pembaziran atas setiap apa yang berlaku kepada kita, semuanya mempunyai hikmah dan pengajaran. Fikirkanlah dan syukurilah... Begitu juga peluang menghadiri kursus perubatan Islam (tanpa dirancang) setelah beberapa tahun meninggalkan alam pekerjaan juga amat bermakna buat diri ini. Moga ilmu itu mampu digunakan untuk membantu insan yang memerlukannya. Kemudian bermusafir dalam bulan Ramadhan bersama-sama anak-anak bukan semudah yang disangka, namun pengalaman berbuka puasa dan bersahur d...