Catatan

Jangan Mudah Buat Cerita...

Bila dah bercerita tentang kejadian semalam (kejadian kebakaran), maka ia akan menjadi kisah yang panjang. Saya ingatkan bahawa ia akan terhenti di situ, rupa-rupanya silap tekaan saya...macam-macam cerita tersebar, nasib baik saya tidak pandai lahjah Arab ni, susah lah untuk saya sertai cerita mereka. Sekiranya saya terdengar pun susah untuk saya memahaminya. Entah kenapa, berat sangat hati ni nak memahami lahjah Oman, Sudan, Mesir, Tunisia, Jordan mungkin sebab banyak sangat perbezaan sebutannya. Akhirnya buat-buat faham walaupun tak faham sepenuhnya... Mungkin juga kerana saya sudah tanamkan dalam diri cuma ingin menggunakan Arab Fushah. Cuma kadang-kadang kesian juga dengan kawan-kawan kerana mereka susah untuk menggunakan bahasa Arab Fushah. Dulu-dulu saya bayangkan bahawa semua orang Arab akan mampu bercakap Arab fushah kerana itu bahasa mereka, rupa-rupanya tidak. Tapi susah mereka tidak sesusah kita, orang ajam untuk bercakap Arab kerana mereka mengetahui perkataan-perkat...

Kisah Semalam

Semalam kita menyambut raya, ramai yang bergembira tapi ada juga yang tidak ceria terutama perantau. Ketika inilah kita teringatkan kampung halaman serta sanak saudara tercinta. Alhamdulillah tahun ini kali pertama kami melaksanakan ibadah korban disini. Yang elok sistem disini ialah ada tempat penyembelihan disediakan, dimana kita boleh membeli lembu atau kambing untuk dikorbankan kemudian ditinggalkan sehingga hari raya. Kemudian tuan punya haiwan tersebut mesti datang mengambil nombor giliran dan beratur untuk proses penyembelihan. Biasanya perantau yang menggunakan sistem ini, untuk memudahkan urusan tanpa memerlukan bantuan ramai orang. Alhamdulillah kali ini kami mendapat tahu dan cuba melaksanakannya. Sewaktu tengahari ketika menziarahi jiran, terasa seolah-olah beliau tidak bergembira menyambutnya. Memang tiada perbezaan daripada hari-hari biasa menyebabkan hati ini amat tersentuh. Tiba-tiba terfikir untuk mengundang beliau dan keluarganya makan malam dirumah sambil memas...

Akhirnya Aku Mengalah...

Apa dah jadi...kata dah nak tutup blog ni akhirnya buka semula...begitulah manusia. Rasanya nak motivasikan diri, tak termotivasi juga...jadi kena fikirkan semula bagaimana nak jadi efektif? Mungkinkah efektif tu lebih sesuai buat diri ini... Begitu juga dulu-dulu rasa tak nak join facebook, last last terpaksa join juga sebab ramai kawan-kawan yang ajak join. Moga-moga niat ikhlas ini beroleh keberkatan serta dijauhkan daripada kesan-kesan negatif. Moga dapat mengeratkan ukhwah sesama kita. Apakah ini pengorbanan yang perlu dilakukan bersempena dengan Idil Adha kali ini? Mengorbankan sedikit prinsip untuk kebaikan yang maksimum. Moga Allah merahmati kita semua. SALAM IDIL ADHA 1430H. KULLU 'AAM WA ANTUM BI ALF KHAIR

Dekat Setahun Menulis...

Alhamdulillah dalam beberapa hari lagi genaplah setahun usia blog ini. Ada pelbagai idea tertulis disini dan perlu dikembangkan lagi. Bersempena dengan Syawal kali ini, Surirumah Efektif akan menamatkan blog ini,dan memulakan blog baru. Idea-idea yang ada di sini akan dikembangkan lagi secara ilmiah. Kepada sahabat yang masih berminat untuk membaca penulisan saya, boleh mengunjungi blog www.suriummah.blogspot.com bermula pada awal bulan Oktober. Moga dapat berkongsi idea dan pengalaman di situ.

Hari Raya Di Oman

Seronoknya mendengar cerita ahli keluarga di kampung sudahpun berhariraya, manakala negara jiran di sini juga sudah menyambut hariraya pada tarikh yang akan menjadi kenangan 20092009. Namun begitu kami di Oman masih lagi berpuasa menyempurnakan hari ke-30 Ramadhan kerana anak bulan tidak nampak. Memang telah diduga anak bulan tidak nampak berpandukan pengalaman ketika sampai di sini tiga minggu lepas. Keadaan udara di sini sekarang begitu berhabuk, macammana nak melihat anak bulan. Teringat ketika kapalterbang akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Muscat, keadaan terlalu berjerebu ketika itu, berbanding keadaan di Doha yang amat bersih dan jelas pada pandangan mata kasar saya. Sampai hari ini jarak penglihatan kasar masih kabur, mungkin itulah sebabnya anak bulan tidak dapat dilihat di sini. Apa-apapun kami akan beraya juga esok, walaupun lewat sehari. Moga kita telah berjaya mengharungi Ramadhan kali ini dengan jayanya dan semoga segala latihan yang telah dijalani aka...

Masih Ingatkah lagi Al-Quran itu?

Alhamdulillah dalam masyarakat hari ini ramai yang telah mempunyai kesedaran dalam mengamalkan ajaran agama Islam. Ramai ibubapa yang amat menitikberatkan ajaran ini menyebabkan wujudnya ramai remaja alim. Bertuahnya anak-anak ini kerana dididik dengan sempurna oleh ibubapa yang mengetahui tugas dan tanggungjawab mereka. Suasana ini amat berbeza daripada zaman kanak-kanak kami. Bak kata suami: "Kita tidak pernah diajar untuk berdoa sebelum berbuat apa-apa, malah ramai yang tidak diberitahu kepentingan solat dan mengaji al-Quran." Kita melakukannya apabila hati tercari-cari sesuatu. Malah di negara beliau, yang amat jelas kesekularannya, anak-anak menjadi semakin jauh dari agama sendiri walaupun negara Arab. Alhamdulillah bahasa mereka masih membantu mereka mengaji dan menghayati al-quran walaupun tidak seperti kanak-kanak di negara lain. Namun begitu tidak ramai yang mendidik anak-anak mendirikan solat sehinggalah mereka mencarinya sendiri. Bayangkan remaja yang membesar tan...

Susah-Payah Mengejar Ilmu

Sememangnya ilmu yang didapati setelah kita bersusah-payah amat berkesan dalam hati malah mempunyai nilai yang amat tinggi pada kita. Bayangkan seorang pelajar yang terpaksa berulang-alik ke sekolah dalam jarak yang amat jauh, ditambahi kesukaran pengangkutan serta pelbagai lagi kesusahan, jika dia berjaya mengharunginya bermakna dia telah berjaya melepasi ujian tersebut. Malangnya anak-anak hari ini terlalu manja untuk menempuhi kesukaran itu, seboleh-bolehnya mereka ingin dihantar ke pintu pagar sekolah dalam keadaan yang amat senang. Sekalipun mereka berfikir, jarang yang terfikirkan kesukaran anak-anak orang susah yang terpaksa berkorban untuk mendapat ilmu. Mungkinkah inilah penyebab ilmu yang tidak meresap ke dalam hati? Juga apakah ini penyebab wujudnya ramai anak-anak yang tidak memikirkan hati dan perasaan orang lain? Jika dikenangkan kisah hidup sebagai pelajar dahulu, teringatlah kisah-kisah betapa susahnya untuk keluar kampung untuk menunggu bas sekolah untuk sampai ke band...