Catatan

Hadith....sedih melihatnya.

Bila berjalan-jalan sambil membaca blog dalam tajuk yang dicari, serta membaca pelbagai tulisan yang dikongsikan di facebook, hati ini terasa bagai dihiris-hiris dan pedih melihat apa yang ditulis. Banyaknya hadis dhaif dan palsu disebarkan. Mengapa ini yang berlaku dalam zaman yang serba canggih sebegini? Apa salahnya kita pastikan dulu tahap kesahihan satu-satu hadis sebelum menyebarkannya, bukan sekadar 'share' bila melihat isi yang dipaparkan menarik hati kita. Sememangnya tidak salah kita menyebarkan benda baik, tetapi pastikanlah sumbernya. Betulkah kita menyebarkan apa yang disuruh oleh Rasulullah saw ataupun kita menyebarkan perkara yang tiada asalnya daripada baginda. Teringat sabda baginda من كذب علي متعمدا فليتبوأ مقعده من النار yang bermaksud, 'barangsiapa yang sengaja berbohong terhadapku, maka dia menempah tempat dalam api neraka'. Mungkin anda tidak berniat untuk membohongi baginda Rasulullah saw, akan tetapi bila menyebarkan tulisan yang mengandungi ...

Buku-buku tentang Baligh

Alhamdulillah hari ini saya teringin berkongsi tentang 'buku-buku tentang baligh', diantaranya buku 'bulugh bila khajal' yang sedang dibaca. Buku tulisan Dr. Akram Ridha ini termasuk ke dalam siri ' aulaadina ' iaitu anak-anak kita, yang mana ada tiga buah buku yang ditulis oleh beliau sebagai panduan kepada ibubapa untuk memahami anak-anak remaja. Akan tetapi menurut penulis, buku tersebut lebih popular dikalangan anak-anak remaja sendiri, bukannya ibubapa (target pembaca). Buku-buku lain dalam siri ini ialah 'murahaqah bila azmah'  dan 'shabab bila masyakil' . Disamping itu terdapat beberapa buah buku lagi yang juga amat menarik untuk menjadi sumber maklumat ibubapa tentang peringkat ini. Insya Allah, saya akan berusaha untuk menghabiskan bacaan buku-buku tersebut sebagai panduan mendidik anak-anak yang semakin membesar, dan akan menempuh alam remaja. Itulah tugas surirumah, jika kita tidak cuba memahami persoalan remaja, akhirnya anak-ana...

Sekadar Berkongsi....Tulisan kita mencerminkan Peribadi

Alhamdulillah hari ini kita akan berkongsi tentang tulisan kita mencerminkan peribadi. Sebenarnya saya terbaca tentang ini dalam satu majalah, dan teringin berkongsi disini agar dapat sama-sama kita fikirkan. Tulisan yang dibincangkan disini bermaksud 'tulisan tangan' ataupun 'khat' sebagaimana yang digunakan dalam majalah tersebut, bukannya penulisan. Dalam dunia hari ini, kita banyak bergantung kepada komputer dalam urusan menulis sesuatu, termasuklah dalam menyediakan papan tanda-papan tanda dan poster. Kita lebih senang menggunakan perisian komputer serta memilih apa juga bentuk tulisan yang diingini dengan mudah dan cepat.  Dalam keghairahan menggunakan komputer, kita terlupa untuk memperbaiki tulisan tangan kita. Ramai daripada kita lebih senang mengaku, 'tulisan saya tidak cantik', 'tulisan macam tulisan doktor' serta pelbagai lagi ungkapan yang menggambarkan bahawa kita menerima dengan mudah kekurangan ini.  Di dalam artikel tersebut, penulis...

Sekadar Berkongsi...Menutup Aurat

Menutup Aurat dengan sempurna...susah sangatkah nak dilaksanakan? Baca sana, baca sini...ramainya yang memperkatakan tentang menutup aurat. Terfikir pula teruk sangatkan masalah menutup aurat di negara kita. Saya bukan ingin menulis tentang masalah menutup aurat, tetapi tentang sikap wanita yang mendedahkan aurat balik selepas menutupnya. Apakah sebabnya terjadi begitu? Sebenarnya semenjak tiga tahun kebelakangan ini saya dipertemukan dengan beberapa orang wanita disini yang bertudung suatu masa dulu kemudian membukanya semula. Hati saya tertanya-tanya 'mengapa mereka tidak bertudung?', 'jauhnya beza bila bertudung' serta pelbagai lagi bisikan singgah difikiran ini. Apa yang ingin saya persoalkan ialah sikap mereka apabila membuka tudung jauh bezanya daripada orang yang saya pernah kenal ketika mereka bertudung. Jika mereka begitu peramah dengan saya ketika bertudung tetapi apabila tudung ditanggalkan, yang tinggal hanyalah salam kemudian menyelit ke tempat lain. M...

Beralih Angin...

Assalamualaikum... Alhamdulillah hari ini ringan tangan untuk mencatat disini, baru terasa betapa lama tak mencoret sesuatu disini. Angin apakah yang melanda... Macam-macam aktiviti yang dilakukan semenjak lepas raya, ingatkan raya kali ini hambar saja tetapi alhamdulillah kurniaan Allah itu lebih baik daripada sebelumnya. Insya Allah malam ini ada lagi pertemuan raya kami disini. Anak-anak dah mula bersekolah sesi persekolahan baru tiga minggu lepas, jadi rutin lama kembali semula. Sibuk pada waktu pagi, kemudian beralih kepada aktiviti lain selepas semua anak ke sekolah. Aktiviti hujung minggu sudah bermula semula minggu lepas, alhamdulillah majlis kami makin meriah cuma kami tidak dapat menunggu lama disitu, kerana perlu menghadiri majlis hari raya anjuran Kedutaan Malaysia disini. Lama tak menulis disini...Sebenarnya saya beralih angin menulis kat tempat lain...menulis dalam buku catatan..hihi tergelak orang mendengarnya. Ketika ini ramai yang beralih angin membuka blog berbay...

Raya Kali ini.

Alhamdulillah tahun ini kami menyambut hariraya bersama-sama umat Islam di seluruh dunia, iaitu hari Jumaat. Namun begitu bezanya kami berpuasa 29 hari sedangkan umat Islam lain berpuasa 30 hari. Anak-anak bertanya: "tak apa ke kita puasa kurang?". Sekadar persoalan mereka, sedangkan tahun lepas kami berpuasa 30 hari, umat Islam lain berpuasa 29 hari. Anak yang sulung berkata "adil lah tahun lepas kita puasa lebih". Begitulah cerita tentang puasa dan raya, penetapan tarikh mulanya bergantung kepada cara melihat anak bulan. Jika anak bulan nampak, maka ibadat tersebut boleh dilakukan, jika sebaliknya kita mestilah menggenapkan 30 hari.   Alhamdulillah tahun ini adalah kali ke 5 kami beraya disini, sambutan hariraya yang ala kadar, tanpa merasa kemeriahan seperti yang selalu kita rasa semasa ditanahair. Raya kali ini tiada perjumpaan dirumah Duta Malaysia, kerana ketika ini Duta baru di Oman masih belum sampai, setelah Duta Besar yang lepas Datuk Zam...

Ramadhan lagi...

Alhamdulillah hari ini kami masih berpuasa hari ke 29, esok belum tentu raya atau tidak. Malam ini baru ada pengumuman tentang anak bulan kelihatan atau tidak. Ahli keluarga dan kawan-kawan dikampung sedang bersiap untuk raya esok. Jadi selamat berhariraya buat semua, moga amal ibadat yang diamalkan sepanjang Ramadhan ini tetap diteruskan sepanjang tahun. Di sini Ramadhan tetap Ramadhan, tiada gantinya walaupun hariraya akan menjelma, siaran TV masih lagi mengingatkan kita tentang 'Ramadhan Kareem'. Sememangnya tidak terasa semangat Idilfitri, yang terasa hanyalah kesedihan kerana Ramadhan akan berlalu. Memang banyak kenangan sepanjang Ramadhan kali ini, terutamanya pengalaman sama-sama berpuasa dengan anak-anak dirantau. Alhamdulillah kesemua anak-anak dapat berpuasa penuh tahun ini tanpa perlu menjanjikan apa-apa ganjaran, juga tanpa perlu mengingatkan mereka. Apa yang sedih ialah kerana kita akan kembali meneruskan aktiviti-aktiviti biasa, penuh dugaan dan cabaran, ia bu...