Catatan

Hati Seorang Ibu

Bismillah... Alhamdulillah syukur kepada Allah swt kerana masih beroleh kekuatan untuk menulis di sini. Sebenarnya banyak cerita yang ingin saya kongsikan, agar ia menjadi panduan diri ini suatu ketika nanti. Juga panduan buat wanita yang membaca coretan ini. Sesungguhnya Allah swt menduga kita dengan cara yang berbeza. Apabila kita bertemu dengan insan yang menempuh ujian lebih berat, kita terus bersyukur dengan ujian diri sendiri. Ketika itu kita nampak betapa kecilnya ujian diri sendiri. Petang tadi saya dipertemukan dengan dua orang ibu yang sudah begitu berusia didalam satu majlis di sini. Dua orang wanita hebat suatu ketika dulu, tetapi menyimpan pelbagai kisah hidup yang menyedihkan. Entah kenapa hati saya bagai ditarik-tarik untuk bersembang dengan mereka, ketika rakan-rakan bergelak ketawa diruangtamu majlis. Rupa-rupanya Allah swt ingin memberi peluang kepada saya mendengar pengalaman yang begitu bermakna daripada mereka. Masih terbayang-bayang wajah mereka diruan...

Bermain dengan Anak-anak

Imej
Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana masih mampu berkongsi cerita disini lagi. Alhamdulillah syukur sekali lagi kerana Allah menyelamatkan kami di bumi Muscat daripada musibah ribut pasir yang mengganas sejak beberapa hari lepas di Semenanjung Tanah Arab. Mengikut ramalan jabatan meterologi Oman, ribut pasir akan sampai ke bumi Muscat semalam, akan tetapi selepas asar keadaan masih cerah seperti biasa. Maka kami mengambil peluang malam tadi untuk keluar menyedut udara segar ditaman sebelum keadaan cuaca lebih buruk. Awal pagi ini kami masih memerhati keadaan udara diluar serta berdoa agar keadaan udara tetap segar seperti biasa. Alhamdulillah petang tadi kami masih mampu keluar meneruskan aktiviti keluarga seperti biasa. Alhamdulillah sudah hampir sebulan kami sekeluarga mula bermain bola tampar bersama-sama di Taman Qurum. Beginilah aktiviti kami suami isteri setiap minggu, melayani minat anak remaja. Suami sentiasa mengikut keinginan anak-anak lelaki beliau bersukan...

Bertasbihlah...Pembangkit Kasih Sayang

Bismillah... Alhamdulillah... Kita bertemu Jumaat lagi, mungkin Jumaat kali ini berbeza daripada sebelumnya. Moga ia membawa kebaikan dalam segenap sudut hidup kita. Setiap kali mengaji Quran kita akan bertemu perkataan berkaitan tasbih, satu bentuk amalan mulia yang disebut berulangkali didalam Quran. Malah ada beberapa surah dimulai dengan suruhan bertasbih seperti surah al hadid, al hasyr, al saff, al isra', al jumuah dan al taghabun. سبح لله ما في السموات واﻷرض وهو العزيز الحكيم Yang bermaksud: Bertasbih kepada Allah apa yang berada di langit dan dibumi; Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Manakala didalam beberapa ayat lain Allah swt menyebutkan bahawa semua makhluk yang ada dimukabumi ini bertasbih kepada Allah. Mereka mengetahui cara untuk bertasbih yang sesuai untuk mereka. Begitu juga manusia disuruh bertasbih dengan cara kita, iaitu dengan berzikir setiap hari. Di antara waktu bertasbih yang disebutkan didalam al quran ialah: 1. Sebelum terbit mat...

Ketetapan Allah dan Pilihan kita

Bismillah... Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana masih memberi kekuatan pada diri ini untuk berkongsi disini. Semenjak zaman sekolah saya amat suka membaca dan mencari maklumat mengenai kesihatan. Setiap kali membaca akhbar bahagian kesihatan adalah ruangan kegemaran, namun begitu saya tidak pernah bercita-cita untuk menjadi doktor perubatan. Disebabkan minat tersebut saya mudah memahami pelajaran sains dan ia merupakan matapelajaran kegemaran saya. Alhamdulillah asas sains yang sedikit membantu saya tidak mudah terpengaruh dengan ilmu kesihatan hari ini. Jika tidak mungkin cara pemikiran saya akan berbeza. DIA lebih mengetahui segala-galanya. Perjalanan hidup kita sememangnya telah ditetapkan oleh Yang Maha Pencipta, lain yang kita rancang tetapi lain anugerah-Nya kepada kita. Jika dulu cita-cita saya ingin belajar di Mesir kerana sayangkan bahasa Arab, DIA tetapkan perjalanan saya di UIA, mempelajari bahasa Arab yang formal dan bahasa Inggeris. Alhamdulillah ketetapan-Ny...

Surah Yaasin Sumber Kekuatan Rohani

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana masih mampu menulis disini, mencoret sesuatu serta berkongsi ilmu yang begitu lama disimpan. Moga ia tidak lagi menjadi beban buat diri ini. Satu amalan istimewa yang diamalkan oleh masyarakat melayu sejak bertahun-tahun dulu ialah amalan membaca surah yaasin. Apakah keistimewaan surah ini hinggakan ia dipilih diantara surah-surah lain untuk diamalkan setiap kali malam Jumaat, pertemuan-pertemuan istimewa serta pelbagai aktiviti lain. Apakah ulama terdahulu tersilap memilih ataupun ada ilham yang mereka perolehi daripada Allah swt yang sesuai dengan persekitaran kita? Bersesuaian dengan riwayat tentang surah jni walaupun ia berstatus daif. Apakah kelebihan surah ini yang mampu menyatukan hati-hati penduduk kampung yang ketandusan ilmu agama serta kurang mahir membaca? Semestinya ada satu alasan kuat untuk ulama-ulama tersebut menggalakkannya diamalkan dalam masyarakat kampung. Ketika saya pelajari ilmu CVT dulu kami diberitahu bahawa ad...

Ilmu CVT Lagi - Bunyi itu Ubat

Bismillah... Alhamdulillah syukur kepada Allah swt kerana masih memberi kesempatan kepada saya untuk berkongsi disini. Kali ini saya ingin bercerita tentang bunyi, sesiapa yang belajar bidang sains mungkin lebih arif tentang tajuk ini, saya sekadar ingin berkongsi sedikit ilmu yang pernah diperolehi suatu ketika dulu. Bunyi memainkan peranan besar dalam hidup kita, bunyi yang sama akan melekat dalam memori kita, bila didengari berulangkali. Kadangkala kita mampu menyanyikan lagu dan bunyi muzik yang pernah kita dengar berpuluh tahun lalu tanpa perlu bersusah payah mengingat kembali. Ketika kita lahir kita diperkenalkan dengan bunyi azan dan iqamat, iaitu bunyi yang diformatkan ke dalam memori kita. Bayangkan jika kita dihidangkan dengan bunyi-bunyi lain sebagai bunyi pertama kita dengari sebaik saja kita dilahirkan. Minta dijauhkan semua itu. Bunyi yang terlalu kuat boleh memecahkan aura kita, serta menimbulkan perasaan resah dan gelisah kepada kita. Ini dapat kita rasakan ap...

Ilmu Mengenal Diri CVT - 2

Bismillah... Alhamdulillah pagi ini saya ingin teruskan perkongsian tentang ilmu mengenal diri yang pernah saya pelajari dulu. Biarlah saya tulis disini agar ia tidak menjadi beban kepada saya suatu ketika nanti. Jika ia bermanfaat jadikan ia sebagai amalan diri, jika tidak bacalah sekadar dapat informasi. Ketika saya belajar, kami dijelaskan tentang konsep tenaga, warna dan bunyi serta perkaitannya dengan diri manusia. Manusia dijadikan dalam bentuk aliran tenaga, setiap organ dalam tubuh kita mempunyai frekuensi tertentu, jika frekuensi organ tersebut stabil dan tersusun, maka kita berada dalam keadaan sihat. Kita boleh tahu kesihatan seseorang melalui akhlak dan tingkahlaku beliau, ia petanda awal bahawa frekuensi organ tertentu masih tetap atau sudah berubah, lama sebelum doktor dapat analisisnya. Orang yang sihat memiliki sifat-sifat positif, manakala orang sakit bersifat negatif. Sebab itulah ada yang mula memperkenalkan attitude therapy, iaitu terapi sikap. Orang yang ...