Bersyukur dan Terus Bersyukur

Satu amalan mulia yang patut kita amalkan selalu ialah bersyukur. Alhamdulillah sebagai Muslim, terutama yang menunaikan solat setiap waktu, kita selalu mengucapkan syukur berulang-ulang kali setiap hari.

Sama ada kita sedar atau tidak, bacaan al-fatihah (pembukaan ayat) itulah ucapan kesyukuran kita, semakin banyak diulang makin banyaklah kita mengucapkan syukur. Ia adalah tanda kesyukuran kita kepada Allah swt.

"Sekiranya kamu bersyukur, maka Kami akan menambahkan lagi..." diantara maksud ayat Quran yang menggambarkan kelebihan bersyukur, iaitu jika kita bersyukur, Allah swt akan melipatgandakan nikmat-Nya kepada kita. Subhanallah...

Apakah kita hanya bersyukur kepada perkara-perkara yang memberi kesan positif kepada kita sahaja? Ataupun kita hanya teringat untuk mengucapkan syukur bila beroleh kejayaan sahaja? Jika begitu betapa sempitnya pengertian syukur bagi kita.

Sebaik-baiknya kita amalkan bersyukur setiap waktu, susah ataupun senang. Ini kerana setiap perkara yang berlaku kepada kita mempunyai kebaikannya. Jadi bila kita bersyukur, kita akan beroleh ketenangan yang berpanjangan.

Moga kita dapat membasahkan lidah kita dengan ucapan 'syukur' agar kehidupan kita dilimpahi Rahmat daripada Yang Maha Esa. Bersyukurlah selalu...Alhamdulillah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Surat Rasulullah SAW kepada Raja Oman