Menulis atau membaca?

Semenjak beberapa bulan ini saya lebih fokuskan kepada membaca, kurangkan menulis. Alhamdulillah pelbagai buku dan e-book yang mampu dibaca dalam tempoh ini, terutama buku-buku motivasi diri.

Orang kata, catatlah sesuatu apabila kita membaca, akan tetapi saya terasa sukar untuk melakukannya kerana saya lebih suka menganalisis fakta yang saya baca, terutama apabila membaca buku-buku tulisan orang bukan Islam.

Kadang-kadang terfikir untuk berkongsi disini, tapi selalu tertangguh. Nampaknya ada penyakit yang menular dalam diri saya, iaitu penyakit tangguh kerja. Masalah juga bila tiada sesiapa yang menyuruh saya berbuat sesuatu, gerakerja saya menjadi begitu perlahan.

Buat masa sekarang saya tengah mencari ubatnya dengan menyertai program "Optimal Living 101", sekadar mendengar rakaman kelas sebab tak mampu nak menyertai secara online. Ya lah disini semua saluran perhubungan melalui internet disekat, telefon atau video melalui messenger, skype dan lain-lain semuanya disekat.

Jadi, setiap keinginan untuk berbuat sesuatu melalui online terpaksa ditangguhkan dulu, termasuklah mengajar online pun terpaksa ditolak.

Bila difikirkan keuntungan, memang syarikat telekomunikasi disini mendapat untung yang tinggi apabila mereka menyekat segala bentuk alat perhubungan melalui internet, kerana kami terpaksa membayar caj yang tinggi apabila ingin berhubung dengan keluarga ataupun urusan lain melalui telefon. Maka ada lah pro dan kontranya tindakan tersebut.

Berbalik kita kepada menulis atau membaca? Apakah yang lebih utama?

Bagi saya kedua-duanya adalah penting, bila membaca kita mendapat maklumat, apabila maklumat tersebut ditulis ia akan kekal dalam memori kita, serta boleh digunakan semula. Manakala apabila kita menganalisis maklumat tersebut berpandukan kefahaman kita, ia akan menjadi ilmu kita, hakmilik kita, bukan lagi hakcipta pemilik karya.

Jadi peringatan buat diri, bacalah dan tulislah apa yang selalu difikirkan. Moga ia akan dapat dikongsi bersama orang lain yang sudi membaca tulisan ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Surat Rasulullah SAW kepada Raja Oman