Cerita Masa Cuti Sekolah

Bulan Disember lepas banyak sangat cuti, belajar seminggu cuti seminggu...rasa macam anak-anak tak bersekolah pada bulan tersebut.

Ini kerana ada sambutan kemerdekaan Oman, macam-macam aktiviti yang sangat meriah diadakan. Dalam tempoh yang sama Oman menjadi host, sukan pantai untuk negara-negara Asia, jadi memang terlebih-lebih sibuk lah aktiviti disini.

Akan tetapi kami tidak dapat mengikuti sangat program-program tersebut kerana suami terpaksa menghadiri konferen di Langkawi, kemudian dia ambil peluang menjenguk flat kami yang lama ditinggalkan di Gombak.

Namun begitu minggu akhir Disember diistiharkan sebagai cuti sekolah, jadi kami mengambil kesempatan berjalan-jalan sambil melihat bumi ini yang masih mengekalkan keasliannya.

Alhamdulillah dapat juga berkongsi sedikit-sebanyak pengalaman ini... 
 Gambar bahagian dalam Nakhal Fort yang masih mengekalkan keasliannya

 Anak-anak begitu seronok memanjat bahagian kecil bukit yang masih ada dalam fort tersebut.

 Sebahagian lagi bukit yang masih dikekalkan didalam fort tersebut.

Sebahagian Fort Nakhal dilihat dari luar...Amat menarik kerana ia dikelilingi oleh kebun kurma yang luas dan menghijau


 Jeram tempat mata air panas Ain Thuwairah, yang penuh sesak dengan pengunjung walaupun mata airnya begitu kecil dan airnya pun suam-suam kuku.
  
 bergambar didepan Fort Rustaq yang masih dalam proses membaikpulih.  Alhamdulillah pengawal yang menjaga pintu bermurah hati membenarkan kami dan beberapa keluarga lain memasuki kota tersebut serta bergambar dibahagian dalam fort tersebut.

 Bergambar di Ain Kasfah,  mata air panas yang amat popular di Rustaq...rupa-rupanya kecil je kawasannya


Hazm Fort yang juga masih ditutup untuk proses membaikpulih.

Alhamdulillah 'ala kulli hal...
Perjalanan yang begitu menarik serta meletihkan, namun begitu anak-anak begitu seronok menikmati program keluarga kali ini.

Bila ditambah dengan aktiviti bermalam sambil berkhemah ditepi laut Sawadi, alhamdulillah ia menjadi satu pengalaman manis yang amat sukar dilupakan.

Pagi-paginya anak-anak lelaki begitu seronok menunggu untuk melihat matahari terbit, dengan pertukaran warna-warna dikaki langit.


Moga program ini mampu menambah pengalaman kami sekeluarga, terutama anak-anak yang masih belajar. Moga Allah meneguhkan kasih-sayang kami sekeluarga, serta menjadikan kami lebih dekat kepada-Nya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Surat Rasulullah SAW kepada Raja Oman