Masih Belum Reda...

Alhamdulillah keadaan di Tunisia sudah semakin reda ekoran pembentukan kabinet sementara yang baru, sebelum pilihanraya umum dua bulan lagi.. Sekarang tumpuan diberi untuk mendedahkan ketidakadilan politik yang berlaku selama ini.

Pada masa sekarang, laporan menunjukkan kerajaan memberi pampasan wang kepada rakyat yang meninggal dan cedera semasa revolusi dua minggu lepas. Bilangan rakyat yang meninggal (lebih kurang seratus orang) dan tercedera tidaklah terlalu ramai untuk sebuah revolusi yang mampu meruntuhkan sebuah pimpinan diktator. Moga Allah memberikan sebaik-baik balasan buat mereka.

Siaran TV Tunisia kembali menayangkan cerita-cerita seperti biasa, serta mengurangkan siaran langsung perbincangan pakar2 tentang ketidakadilan pemerintah dalam semua bidang, yang ditayangkan setiap hari semenjak kejatuhan pemimpin yang diguling. 

Namun begitu suasana di Mesir semakin meruncing, rakyat semakin tegas dengan keinginan mereka untuk menggulingkan Presiden Hosni Mubarak . Bilangan rakyat yang berhimpun juga semakin ramai dan banyak bangunan kerajaan dibakar. Setakat semalam bilangan yang terkorban pada hari Jumaat sahaja lebih seratus orang, manakala bilangan yang cedera juga semakin ramai.  

Apakah bezanya rakyat Tunisia dan Mesir? Apakah beza kerajaan Tunisia yang lepas dan kerajaan Mesir sekarang? Jika sebelum ini US sibuk mengingatkan pimpinan Tunisia agar berlembut dengan rakyat, sekarang peringatan yang sama disampaikan kepada kerajaan Mesir. Berapa banyakkah nyawa rakyat Mesir yang tidak berdosa mesti dikorbankan untuk harga sebuah kehidupan baru disana?

Menurut berita, Syeikh Yusuf Qaradawi mengingatkan rakyat Mesir agar mengelakkan daripada memusnahkan harta-benda kerajaan. Dalam masa yang sama, beliau turut menuntut agar Presiden Hosni Mubarak meninggalkan tampuk pemerintahan, demi mengekalkan keamanan negara tersebut.

Rasanya rakyat Mesir tidak akan berdiam diri sehinggalah tuntutan mereka dipenuhi. Ini kerana mereka merasakan bahawa kezaliman yang dilakukan pemerintah selama ini mesti dihentikan, malah mereka juga mahu menjadi seperti Tunisia. Ini berdasarkan temuramah dengan penduduk Mesir selepas rakyat Tunisia berjaya dalam revolusi mereka, apa yang dinyatakan adalah "rakyat Mesirlah yang sepatutnya memulakan revolusi sebegitu, kerana 'Mesir Ummuddunya', malah bilangan rakyat yang tersiksa juga lebih ramai".

Jika rakyat Tunisia mampu, rakyat Mesir juga mampu...namun begitu ketetapan mereka amat berbeza. Kerajaan Mesir sudah menjangkakannya, serta tidak akan mudah menyerah kalah...apakah mereka seumpama Firaun?

Mereka memerintahkan agar syarikat telekomunikasi ditutup, jadi apa yang berlaku di Mesir mestilah betul-betul revolusi rakyat, tanpa perang di alam siber. Tiada facebook, twitter dan lain-lain kemudahan internet yang menyokong perjuangan rakyat.

Apakah mereka akan berjaya? Moga Allah memberi kemenangan kepada hamba-hambanya yang ikhlas memperjuangkan keadilan untuk menumbangkan pemimpin yang zalim. Namun begitu kerajaan Mesir tidak akan mengalah dengan mudah, kerana ada kuasa luar yang bergantung kuat kepada mereka. Jika Mesir jatuh kepada pimpinan Islam, maka suasana di Palestin juga akan berubah, umat Islam di Gaza juga akan bebas.

Apa yang saya fikir ialah apakah tahun 2011 ini bakal menjadi tahun revolusi bagi negara-negara Arab? Apakah tindakan Israel dan US dalam menangani keadaan ini? Namun begitu, jika Sudan berjaya dipisahkan (keputusan pertama hari ini) US dan Israel dengan mudah akan dapat memanipulasi negara Sudan Selatan...apakah kita akan menghampiri Perang Dunia ketiga?

Betullah kata-kata Allah "Sesungguhnya orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha dengan kamu sehinggalah kamu mengikuti mereka". Sama-samalah kita doakan agar umat Islam terus teguh memperjuangkan keadilan. Fikir-fikirkanlah...


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Ilmu Allah itu Sangat Luas