Bercuti di Kampung

Alhamdulillah hari ini genaplah dua minggu saya bercuti dikampung halaman, dua hari lagi akan bertolak balik ke Oman semula, untuk menemui suami dan anak-anak yang ditinggalkan disana.

Selepas itu kami akan meneruskan program ziarah ke tempat baru buat saya dan anak-anak. Moga segala rancangan berjalan lancar serta mendapat Rahmat Ilahi.

Dua minggu berada bersama-sama keluarga setelah dua tahun meninggalkan tanahair adalah tempoh yang terlalu singkat. Alhamdulillah suami begitu memahami serta menggalakkan saya untuk kembali ke tanahair serta bertemu keluarga disini. Bagi beliau "dua tahun adalah terlalu lama bagi saya untuk berpisah daripada keluarga."

Macam-macam program yang sempat dihadiri, termasuklah program reunion bersama-sama rakan lama, yang sudah lebih 20 tahun terpisah. Alhamdulillah pelbagai kenangan manis sempat dirasai kepulangan kali ini.

Ini termasuklah majlis kenduri kahwin adik serta jiran tetangga disini. Alhamdulillah..syukur pada Allah diatas kesempatan untuk bertemu saudara-mara serta rakan-rakan yang sudah lama terpisah.

Alhamdulillah 'ala kulli hal.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Surat Rasulullah SAW kepada Raja Oman

Tujuan Belajar Khat