Indahnya Memberi

Alhamdulillah seronok melihat kegembiraan insan-insan yang suka membantu sesama insan, sama ada dikenali ataupun tidak. Mereka begitu ikhlas memberi dan memberi tanpa mengharapkan balasan.

Begitu juga saya seronok melihat gaya hidup guru, terserlah kegembiraan diwajah mereka setiap masa, walau apapun dugaan yang dihadapi.

Inilah Rahmat Allah pada orang yang sentiasa memberi, moga Allah memberi kekuatan kepada mereka untuk terus memberi dan mendidik anak bangsa.

Kadang-kadang kita ingin memberi seperti orang lain, berkongsi fikiran dan pendapat dengan orang lain, tetapi situasi tidak mengizinkan.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya apakah kita juga mempunyai peluang seperti insan lain untuk memberi? Bagaimanakah orang lain begitu mudah untuk memberi sedangkan kita terpaksa menghitung detik dan waktu untuk mampu memberi seperti orang lain.

Kadang-kadang kita menyalahkan tempat tinggal kita sebagai halangan untuk terus memberi, sedangkan kita diberi pilihan untuk memilih. Kita juga dibuka jalan tetapi adakah kita mengambil peluang yang dibuka tersebut?

Moga Allah memudahkan kita mencapai impian untuk memberi...kerana disitulah letaknya kebahagiaan hidup kita. Berilah sumbangan kita kepada insan disekeliling kita, biarpun jarang-jarang dihargai.

Teruskan usaha kita untuk memberi...tanamkan niat itu setiap hari, moga berjaya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Surat Rasulullah SAW kepada Raja Oman

Tujuan Belajar Khat