Awal Muharram Kembali lagi...
Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1433H...Moga diberi kekuatan serta semangat untuk meneruskan usaha-usaha kita hingga ke akhir usia.
Bulan Muharram kembali lagi, mengembalikan beberapa adat dan amalan yang tidak bersumberkan sunnah, tetapi disebarkan sebagai sunnah Rasulullah saw.
Apa yang menyedihkan ialah ia juga turut dikongsikan oleh ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah yang menerima amalan tersebut sebagai sunnah. Maka berleluasalah amalan tersebut disebarkan diinternet.
Seingat saya sepanjang berada disini, saya tidak pernah mendengar orang bercerita tentang amalan doa akhir dan awal tahun hijrah. Terfikir juga apakah orang Oman tidak tahu tentang amalan ini, jika ia adalah sunnah.
Dalam masa yang sama, hati terasa ingin tahu siapakah yang memulakan amalan ini, jika benar ia bukan bersumberkan hadis baginda?.
Kita kata kita sayangkan baginda, tetapi kita menyebarluaskan ibadah yang tidak dilakukan oleh baginda...apakah itu tanda kita sayangkan baginda?
Kita mengaku bahawa agama Islam sudah cukup dan lengkap tetapi kerapkali kita menyumbangkan amalan-amalan baru, seolah-olah apa yang disampaikan oleh baginda belum cukup lengkap, maka perlu kita lengkapkan lagi.
Bayangkanlah jika baginda berada dihadapan kita pada saat ini, apakah yang akan kita ucapkan pada baginda? Berapa banyakkah sunnah yang terang dan jelas daripada baginda yang telah kita amalkan?
Apakah begitu banyak amalan yang baginda tunjukkan pada kita belum mencukupi buat kita, hinggakan kita mencari amalan-amalan baru.
Sama-samalah kita tunjukkan kasih-sayang kita pada baginda dengan mengamalkan sunnah yang betul-betul sahih daripada baginda.
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Ulasan