Ziarah Tunisia 1
Inilah aktiviti pertama yang dilakukan mereka untuk mengisi masa lapang, pada hari pertama ketibaan mereka dikampung. Anak-anak mengambil peluang memanjat ke atas bumbung rumah untuk melihat kawasan sekeliling.
Rumah tradisi ini telah diubahsuai yang mana bumbung asal berbentuk kubah digantikan dengan bumbung mendatar. Begitu juga kebanyakan rumah-rumah dikawasan ini dibina semula dengan ciri-ciri baru, hilanglah senibina asli mereka yang agak unik dan menarik.
Ketika ini jugalah kami berpeluang melawat pantai utama di Sousse iaitu Pantai Bu Jaafar, yang begitu popular dikalangan pelancong-pelancong barat.
Saya mengambil peluang merakam pemandangan yang cantik bersebelahan Taman Bu Jaafar, yang terletak bertentangan dengan pantai.
Inilah diantara tempat-tempat yang sempat kami lawati sewaktu keluar bersiar-siar di bandar Sousse, Tunisia.
Bandar inilah tempat yang sentiasa aktif dan penuh sesak dengan penduduk asal dan pelancong di Tunisia. Hotel-hotel disini sentiasa penuh pada musim panas, tetapi tahun ini ia tidak semeriah biasa.
Inilah permulaan kami untuk mengenali tempat dan bandar baru disini, sebelum menziarahi bandar-bandar dan tempat-tempat bersejarah lain di Tunisia.
Bergambar di Lapangan Terbang Antarabangsa Carthaj, Tunis ketika tiba di Tunisia sambil menunggu kenderaan menjemput kami. |
Alhamdulillah semasa cuti musim panas tahun ini kami berpeluang menziarahi keluarga suami di Tunisia. Inilah rahmat "Revolusi Tunisia 2011" yang paling bererti buat kami sekeluarga. Anak-anak begitu teruja untuk bertemu dan berkenalan dengan saudara-mara disana, yang mana inilah pertemuan pertama mereka.
Bermacam-macam soalan ditujukan kepada bapa dan mak saudara mereka sepanjang perjalanan sejam lebih ke bandar Sousse, tempat kelahiran suami.
Rumah tradisi ini telah diubahsuai yang mana bumbung asal berbentuk kubah digantikan dengan bumbung mendatar. Begitu juga kebanyakan rumah-rumah dikawasan ini dibina semula dengan ciri-ciri baru, hilanglah senibina asli mereka yang agak unik dan menarik.
Pada hari ketiga kami disana, kami dibawa mengunjungi pantai yang tidak begitu jauh daripada kampung. Inilah kali pertama kami menyentuh air laut Mediteranean, begitu juga melihat rumpai laut yang begitu banyak dipantai.
Menurut mereka biasanya rumpai laut ini dipungut untuk dibakar sebagai bahan memanaskan badan sewaktu musim sejuk. Rumpai laut ini begitu cantik sewaktu berada didalam air, seolah-olah daun plastik yang berkilat. Namun begitu bila kekeringan begitulah rupanya..sepertimana rumput-rumput kering biasa.
Bergambar didalam kota lama di bandar Sousse |
Pada minggu pertama di Tunisia, kami berpeluang menziarahi bandar pelancongan utama di Tunisia iaitu Sousse, yang terletak lebih kurang 20km daripada tempat tinggal kami.
Bandar kelahiran bekas presiden Ben Ali ini digambarkan sebagai begitu aktif dan penuh sesak dengan pelancong pada tahun-tahun lepas, tetapi tahun ini ia tidaklah seaktif biasa.
Bandar ini biasanya dikunjungi oleh pelancong-pelancong barat daripada pelbagai destinasi kerana kecantikan pemandangan disini.
Bergambar di Pantai Bu Jaafar, Sousse. |
Pemandangan bersebelahan Taman Bu Jaafar, Sousse |
Gambar Taman Bu Jaffar, Sousse |

Ulasan