Didikan Seorang Ibu

Alhamdulillah dalam tahun ini saya dipertemukan dengan pelbagai golongan ibu, ibu bekerja dan yang berada dirumah.

Ada ibu yang mengorbankan keinginan hati dengan berada dirumah bersama-sama anak-anak semasa tempoh mereka membesar walaupun mereka berkelulusan tinggi dalam pelajaran.

Ada pula ibu berkerjaya, yang begitu yakin, apabila beliau mampu menyediakan pembantu khusus untuk anak-anak, mereka mampu meneruskan kerjaya mereka dengan baik.

Setiap insan mempunyai naluri keibuan tersendiri, kita tidak perlu menyatakan apakah pilihan kita betul dan pilihan mereka salah. Ini kerana setiap insan ada kekuatan dan kelemahan tersendiri, jadi jika ia digunakan dengan cara yang betul, semua mampu berjaya.

Begitu juga ibu yang bekerja tidak semestinya gagal dalam mendidik anak-anak, ramai yang telah mampu menunjukkan bukti kejayaan mereka dalam mendidik. Jadi kejayaan mereka lebih bermakna buat diri mereka dan masyarakat disekeliling mereka.

Apa yang penting kita sama-sama memainkan peranan mendidik anak-anak, kerana merekalah yang bakal mentadbir alam ini suatu hari nanti...jadi didiklah mereka mengikut zaman mereka, bukan mengikut zaman kita, kerana mereka akan meneruskan kehidupan yang berbeza daripada kita.

Apakah kita akan menurunkan semua didikan ibu kita kepada anak-anak kita ataupun kita mengamalkan cara tersendiri dalam mendidik anak-anak agar suatu masa mereka mampu mengharungi ujian hidup mereka dengan jayanya.

Jika kita pernah dididik dengan kekerasan dan kesusahan, apakah kita akan meneruskan cara yang sama kepada anak-anak kita?

Jika kita pernah dididik untuk bekerja keras membantu ibubapa meneruskan kehidupan, apakah kita akan menurunkan cara yang sama kepada anak-anak kita?

Anak-anak kita akan membesar sebagaimana kita mendidik mereka. Jika kita mendidik mereka menjadi penakut, maka mereka akan membesar menjadi insan yang tidak berani keluar, tidak mampu menunjukkan kebolehan mereka.

Akan tetapi jika kita mendidik mereka untuk memiliki sifat-sifat mulia, mereka akan membesar dengan cara yang baik, serta mampu memimpin insan-insan disamping mereka suatu hari nanti.

Semasa mengikuti mesyuarat Majlis Ibu-ibu disekolah, saya mendengar pelbagai keluhan ibu-ibu lain...topik utama ialah betapa sukarnya untuk mendidik anak remaja sekarang.


Seperti biasa saya kurang berminat untuk memceritakan perkara-perkara negatif tentang anak-anak, maka saya sekadar menjadi pendengar, tanpa mengeluarkan apa-apa pendapat.


Kadang-kadang diam itu lebih baik daripada mengeluarkan keluhan dan luahan negatif.


Bagi saya apa yang penting kita cuba menjadi kawan anak-anak kita, biarlah mereka meluahkan kerisauan dan masalah mereka kepada kita. Bentuklah keyakinan anak-anak kita dengan menyatakan bahawa kita begitu menyakini bahawa mereka telah membuat satu keputusan yang betul.


Insya Allah bila kita yakin dengan mereka. mereka tidak akan sanggup menbohongi kita, serta tidak sanggup menghancurkan kepercayaan kita kepada mereka.


Apa yang penting, kita bantu anak-anak kita membentuk sikap-sikap mulia dan positif, insya Allah mereka akan mampu membawa diri mereka walau dimana mereka berada.


Jadi apakah bentuk didikan seorang ibu itu hanya satu method ataupun pelbagai?


Setiap anak mempunyai karakter dan sikap yang berbeza, jadi kita tidak boleh menyamaratakan cara kita mendidik mereka. Biarlah anak-anak kita dididik dengan cara yang bersesuaian dengan sifat mereka...oleh itu kenalilah personaliti anak-anak.


Jika kita mempunyai empat orang anak, maka kita perlu mahir menguruskan empat personaliti yang berbeza...itulah hebatnya seorang ibu, jika dia mampu menunaikan amanah Allah dengan sebaik-baiknya.


Disamping itu, banyakkanlah berdoa kepada Allah, kerana doa ibu begitu mujarab dan mudah dimakbulkan.


Moga kita tergolong ke dalam golongan ibu-ibu yang berjaya dalam mendidik anak-anak mengeluarkan seluruh potensi diri mereka untuk kebaikan hidup didunia dan diakhirat. Amin.

Ulasan

WanitaYangMencariNur berkata…
Assalamualaikum, hati terpanggil utk beri komen pd blog akak. sy kagum dgn keberanian dan nekad akak untuk menjadi surirumah dan meninggalkan apa yg telah dicapai sebelum ini. untuk pengetahuan, sy tidaklah sehebat akak dlm kerjaya, saya hanya seorang guru sekolah menengah berusia 30thn. sebenarnya, telah sekian lama suami meminta sy menjadi surirumah sepenuh masa. in fact, sejak sebelum kahwin lg. kini usia perkahwinan telah 8 tahun dan dikurniakan anak 7 thn, 4 thn dan 2 bln (tp meninggal di usia 15 hari). namun, sy masih belum mempunyai kekuatan utk menurut seruan suami yg menuntut sy menjadi surirumah. sy takut jika suatu hari sy dipersiakan oleh suami. sy takut sy tidak bhgia dan pelbagai perasaan kurang yakin dlm pelbagai aspek. naluri utk mendidik sendiri anak2 dan mengurus sendiri makan pakai keluarga memang sentiasa ada dlm hati, tp sy x mampu menepis perasaan tidak yakin dgn masa depan yg akan mendatang. tambahan pula, nasihat2 dari org2 terdekat dan kwn2 x pernah menyokong pilihan utk mjadi surirumah. sejak kebelakangan ini, kehidupan kami byk diduga dgn musibah2 yg x pernah sy jangka. dan hati terdetik utk CUBA menjadi surirumah... bagaimana harus saya cari kekuatan utk menjadi surirumah, kak?
Aliza Yunus berkata…
Buat adik,
Moga mampu membuat keputusan terbaik untuk keluarga.

Setiap orang melalui ujian yang berbeza, serahkan pd Allah, DIA akan memberi petunjuk yg terbaik untuk adik.

Kadang2 lain yg kita rancang, lain yg terjadi kerana Allah lebih mengetahui apa yg terbaik bg kita. Jika kita berserah sepenuhnya pada-NYA, hati kita akan rasa tenang...serta banyakkan bersyukur, krn setiap kali kita bersyukur Allah akan melipatgandakan lagi nikmat-Nya kepada kita.

Alhamdulillah 'ala kulli hal.

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Ilmu Allah itu Sangat Luas