Berpuasa dengan Ibubapa
Alhamdulillah pada Ramadhan kali ini, saya berpeluang untuk menunaikan ibadah puasa bersama-sama ibubapa tercinta.
Saya tidak dapat mengingati bilakah kali terakhir saya menghabiskan sebulan bulan Ramadhan bersama-sama mereka? Segalanya bermula pada tahun 1989 ketika saya diterima masuk ke Pusat Matrikulasi UIAM, lamanya tarikh itu...lama jugalah saya tidak berjaya menghabiskan puasa sebulan bersama-sama keluarga.
Begitulah putaran hidup kita, maka beruntunglah bagi mereka yang dapat bersama-sama ibubapa ketika Ramadhan.
Hargailah nikmat yang dikurniakan ilahi kepada kita, kerana peluang ini tidak akan kembali, lebih-lebih lagi bila kita sudah berumahtangga.
Alhamdulillah, saya dikurniakan seorang suami yang memahami kerana membenarkan saya dan anak-anak berpuasa disini, serta berjauhan daripada beliau.
Inilah yang dikatakan nikmat dalam ujian. Alhamdulillah 'ala kulli hal.
Menghabiskan Ramadhan bersama-sama ibubapa yang telah berumur, tidak lagi sama dengan Ramadhan ketika kita masih anak-anak.
Jika dulu mereka yang mengejutkan kita, serta mengaturkan segala persiapan berbuka dan bersahur, kini saya pula yang mengambilalih tugas-tugas tersebut dengan bantuan adik dan anak perempuan.
Alhamdulillah manisnya kurniaan Allah kali ini. Moga Ramadhan sebegini bukanlah yang terakhir buat kami.
Ulasan