Salam Kembali
Salam Ramadhan dan selamat menunaikan ibadah puasa.
Alhamdulillah, akhirnya saya berkesempatan untuk menulis sesuatu di blog ini. Lamanya tak diupdate...sibuk bercuti ditanahair.
Bila tengok balik, rupa-rupanya dah dekat dua bulan saya tidak postkan apa-apa disini. Alhamdulillah selama tempoh itulah juga kami berada di tanahair, bercuti sambil melancong ditanahair sendiri.
Anak-anak begitu seronok dengan pengisian cuti kali ini. Selalunya kami hanya menghabiskan cuti di Kuala Lumpur dan di kampung, tetapi cuti kali ini begitu bererti buat kami semua, kerana kami sempat melawat Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Cameron Highlands.
Alhamdulillah dan ucapan terima kasih buat adik dan adik ipar baru yang membantu menjayakan misi cuti-cuti Malaysia kali ini.
Alhamdulillah agenda melancong memberi nilai positif dalam hubungan kekeluargaan. Hasilnya ia mampu merapatkan hubungan anak-anak saya yang baru kali pertama berjumpa dengan makcik dan pakcik baru. Sebelum melancong mereka agak malu-malu untuk bercakap dengan suami makcik, dan isteri pakcik mereka, selepas kembali daripada berjalan-jalan semuanya sudah tidak terasa asing lagi.
Betullah kata hukama, kita hanya dapat menilai seseorang setelah kita bermusafir bersama-samanya. Ini kerana ketika itu masing-masing tidak dapat menyorok sifat hakiki mereka, sama ada tahap kesabaran, sifat pemurah dan sebagainya.
Alhamdulillah, pelbagai kenangan manis dapat kami perolehi daripada aktiviti ini, cuti-cuti Malaysia 2012.
Ulasan