Kenangan Cuti 2017

Alhamdulillah thumma alhamdulillah...

Syukur kepada Allah swt kerana memberi peluang kepada kami mengumpul kenangan manis di kampung halaman sepanjang cuti musim panas 2017.

Percutian kali ini lebih pendek daripada biasa, iaitu cuma 68 hari. Kami terpaksa balik awal ke Oman seminggu sebelum sesi persekolahan bermula. Ini kerana sudah beberapa tahun anak-anak terlewat  seminggu daripada hari pertama persekolahan bermula.

Pada tahun ini hari pertama persekolahan   bermula pada 27/8/2017, iaitu 4 hari sebelum cuti hari raya haji bermula. Dalam masa yang sama kami perlu mencari rumah sewa baru yang lebih selesa.

Alhamdulillah...syukur kepada Allah swt kerana kami berpeluang mengisi cuti kali ini dengan pelbagai aktiviti berfaedah, terutama bagi anak-anak remaja saya.

Selepas cuti raya puasa, saya mendaftarkan keempat-empat orang anak saya untuk mengikuti kelas Public Speaking Bahasa Inggeris One Malaysia. Alhamdulillah kesemuanya lulus ujian bahasa Inggeris dan diterima mengikuti kursus tersebut selama tujuh minggu.

Jadi program percutian kali ini terikat dengan kelas hujung minggu ini. Setiap aktiviti kami adakan pada hari-hari biasa, dan hujung minggu difokuskan kepada kelas ini.

Alhamdulillah anak-anak dapat mengutip pengalaman belajar bersama-sama pelbagai golongan peserta kursus tersebut, iaitu pelajar universiti, surirumah dan lain-lain. Dalam masa yang sama mereka berempat ditempatkan dalam satu kelas. Jadi setiap kali kelas berakhir macam-macam cerita mereka kongsikan.

Alhamdulillah ala kulli hal.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Surat Rasulullah SAW kepada Raja Oman