Sekadar Berfikir

Alhamdulillah hari ini terbuka hati untuk berkongsi sedikit pemerhatian saya terhadap apa yang berlaku dalam dunia hari ini.

Bagi saya, ulama menyebarkan ilmu bersesuaian dgn zaman mereka kerana mereka lbh arif apa yg masyarakat perlukan.

Jadi setiap amalan yg diajarkan disesuaikan dgn keperluan setempat. Sbg contoh zaman dulu masyarakat 'ummi', tak ramai yg tahu membaca dan menulis, jadi Tok-tok guru menjadikan amalan berkumpulan sbg satu cara mendidik masyarakat.

Satu contoh, zikir slps solat beramai2 sbg satu pengisian bg org kampung
Bayangkan seorang guru agama perlu mengumpulkan org kampung untuk mengajar agama, kemudian mendidik mereka untuk mengamalkan zikir-zikir tertentu. Bagi memudahkan tugas ini mereka jadikan waktu lps solat acara berzikir dan berdoa beramai-ramai.

Suasana zaman mereka tidak sama dgn zaman kita, jadi tidak adil jika kita menuduh Tok guru dulu mengadakan bidaah. Itulah cara mereka mendidik masyarakat zaman mereka, yg terhasil dr ilham Allah swt.

Alhamdulillah cara itu berjaya mendidik orang kampung untuk beramal walaupun sedikit. Begitu juga pelbagai sambutan keagamaan diperkenalkan untuk mendidik orangramai mencintai agama Islam.

Mungkin zaman sekarang ramai orang yg bijak pandai serta boleh beramal sendiri, tanpa perlu berkumpul beramai-ramai. Kita boleh dapatkan maklumat dgn senang, serta mudah nak memastikan amalan tersebut dari sumber yang benar atau tidak.

Bagi saya beramal secara berkumpulan mampu mendidik kita lebih kuat daripada melakukannya berseorangan.

Bila berseorangan amat mudah untuk meninggalkan pengisian tersebut, jadi ada kelompongan dlm masyarakat, sebab zikir2 tersebut adalah makanan roh...umat Islam zaman skrg jadi sakit rohani.

Bagi saya, hargailah usaha dan ikhtiar ulama2 dulu, jgn terlalu mudah membidaahkan usaha mereka. Mereka lebih tahu kehendak orang di sekeliling mereka.

Mereka mencipta aktiviti2 agar masyarakat berkumpul dgn sedikit pengisian...tiba2 kita membidaahkan semua usaha mereka. Hanya Allah mengetahui niat mereka.

Usaha Tok guru zaman dulu berjaya mendidik masyarakat, mereka berjaya menyatupadukan orang-orang kampung. 

Apa yang kita buat pada zaman sekarang ialah menolak satu demi satu pengisian rohani masyarakat yang dianjurkan oleh ulama silam atas dasar bidaah. Masyarakat kita kosong dari pengisian, serta hilang makanan roh...anak2 tak dapat memori berkaitan dgn Islam.

Tambahan lagi...sumber maklumat pada zaman mereka amat sikit...apa yg diajar oleh tok guru, itulah yg disebarkan dan dikongsi sesama mereka.

Ini amat berbeza dari zaman sekarang yang sudah kebanjiran maklumat.
Bila banjir maklumat, ramai yg tak pandai mengurus maklumat tu, jadilah pergaduhan dan perbezaan pendapat. Orang awam menjadi mangsa dan keliru.
Org awam yg tidak tahu apa2 diajar ilmu yg tak sepatutnya mereka fikirkan.

Ilmu2 khilaf disebarkan dgn mudah dlm masyarakat, sdgkan itu ilmu bg org yg belajar pengkhususan dlm agama...bila sesuatu benda khilaf lbh senang ditinggalkan ataupun memilih yang paling mudah untuk diamalkan. Semoga kita dapat mendidik masyarakat sesuai dgn fitrah mereka.

Mengikut ilmu mengenal diri cvt, Tok guru sepatutnya dr golongan spiritual, kerana secara fitrahnya org spiritual mudah dpt ilham. Merekalah golongan guru yg sebenarnya.

Apa yg berlaku hari ini Tok guru drp golongan lain, ramai drp golongan fizikal...cara mereka mendidik amat berbeza drp golongan spiritual.
Golongan fizikal amat suka menditilkan sesuatu benda...itulah yg disebarkan segala benda ditil kpd org ramai.

Contoh tok guru spiritual ialah TGNA...moga ada pengganti arwah yg mampu mendidik. Tp secara fitrahnya mmg mereka byk amalan kerohanian yg menyebabkan mereka mudah dpt ilham

Dunia yg dikuasai golongan minda dan fizikal dlm semua perkara, golongan spiritual terkebelakang, ramai jd sampah masyarakat.

Alangkah indahnya jika golongan spiritual yg mendidik...krn cara didikan mereka amat berbeza. Kesannya juga lebih mantap kepada ummah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tujuan Belajar Khat

Ilmu Allah itu Sangat Luas

Mampukah Kita Menjadi seperti Ummul Mukminin Khadijah?