Menulis Di Tahun Baru

Alhamdulillah akhirnya dapat menulis disini pada tahun baru ini. Bulan Januari sudah hampir ke penghujung, anak yang bercuti dari universiti akan memulakan pengajiannya bagi Semester kedua bermula pada hari Ahad ini.

Anak yang masih bersekolah masih bercuti sehingga bulan Febuari ini. Seorang baru habis peperiksaan diploma Umum hujung minggu lepas, seorang lagi sudah lama bercuti dan berkurung dirumah.

Semalam anak kedua yang berada di Malaysia selamat sampai ke kampung di Kelantan untuk bercuti selama sebulan. Alhamdulillah 'ala kulli hal. Begitulah keadaan keluarga kami bila kesemua anak-anak sudah besar. Ujian dan cabarannya berbeza.

Setiap tahun, awal tahun baru disambut dengan musim peperiksaan mengikut takwim persekolahan disini. Apabila peperiksaan tamat, pelajar sekolah akan bercuti selama lebih kurang sebulan, sebelum memulakan semester kedua.

Tahun ini ada perbezaan cuti antara universiti dan sekolah lebih kurang dua minggu, jadi agak sukar untuk kami mengatur program semasa cuti. Jadi kami mesti menerima perbezaan ini dan menghabiskan cuti seperti biasa.

Seorang surirumah seperti saya selalu tertunggu-tunggu untuk keluar melakukan aktiviti yang lain daripada kebiasaan, serta melihat alam sekeliling yang berbeza. Bukan mudah berada dirumah tanpa aktiviti yang berfaedah.

Semoga tahun baru kali ini berbeza daripada sebelumnya, serta meninggalkan kenangan yang lebih manis.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Ilmu Allah itu Sangat Luas