HADIS PILIHAN (SYUBAHAT)

Rasulullah SAW telah mengingatkan kita sejak dahulu lagi mengenai perkara syubhah dalam hadis yang bermaksud:
"Dari Abu Abdullah An-Nu'man bin Basyir r.a. katanya : saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Sesungguhnya yang halal itu terang ( jelas ) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat pekara-pekara yang syubahat ( tidak terang halal atau haramnya ) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari pekara-pekara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam pekara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam pekara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan, yang akhirnya lalai dan masuk ia ke dalam tempat larangan itu. Adapun bagi setiap raja sebuah tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah pekara-pekara yang diharamkanNya. dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati."

Banyak perkara syubhah disekeliling kita hari ini, oleh itu kita mestilah berhati-hati, tidak boleh ikut sedap je terutama pasal makanan. Zaman Rasulullah SAW tak ada pelbagai makanan seperti yang kita makan hari ini, jadi pokok persoalan hukum cuma mengenai sembelihan ahli kitab, yang mana halal memakan sembelihan ahli kitab.

Tapi dalam masyarakat kita hari ini, benda-benda haram diubahsuai untuk memenuhi kehendak orang bukan Islam yang tidak mementingkan halal haram, kemudian orang-orang Islam menurut cara mereka dan menerima cara mereka makan termasuklah jenis makanan mereka . Jadi kita turut sama menikmati unsur-unsur haram tersebut tanpa kita sedar.

Teringat waktu membeli sebuah buku resepi makanan barat, masa tu offer, buku cantik harga murah, jadi sayapun dengan senang hatinya membeli, bila belek-belek kebanyakan resepi ada dimasukkan arak untuk lebih sedap. Hati saya tertanya-tanya: Apakah begini cara mereka makan? Jadi terbantutlah hasrat tu sehinggakan nak belajar buat mayonise tapi semua jenis resepi yang diajar dimasukkan arak, so terfikir juga macammana nak buat, tak jadi-jadi buat sampai sekarang.

Alhamdulillah di Oman ni ada banyak barangan keluaran Arab Saudi dan negara-negara Islam lain, jadi taklah risau sangat pasal halal haram, janji barangan keluaran syarikat Islam. Ramai ustaz sekarang berpendapat tak perlu fikir susah-susah pasal ni, selagi kita tak tahu maka dibolehkan makan, tak perlu susah-susah nak selidikinya.

Apakah yang akan terjadi kepada orang yang tak tahu dan tak ambil tahu, rembat je, sedar-sedar dah terambil daging babi dan dah masuk mulut. Apa nak buat? Memang tidak berdosa makan kerana tidak tahu, tapi apakah kita redha jika ia berlaku kepada kita dan anak-anak kita? Redhakah kita sekiranya terbeli sos yang dimasukkan daging babi ke dalamnya dan kita termakannya?

Rasulullah SAW juga telah memberitahu kita bahawa "Orang yang memelihara dirinya dari perkara-perkara syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya". Jadi apakah kita sanggup melecehkan perkara ini, tanpa mengambilkira kehormatan agama dan diri sendiri?

Malah pada bahagian terakhir hadis ini Rasulullah SAW mengaitkannya dengan hati sebagaimana kata-kata Baginda yang bermaksud "dan ketahuilah pada setiap jasad itu ada seketul daging, andainya ia baik, maka baiklah seluruh jasad itu, dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu, itulah hati".

Jadi dapatlah kita faham bahawa perkara-perkara syubahat ini berkaitan dengan hati, sekiranya hati kita suci maka kita akan cuba sedaya upaya untuk menjauhinya, untuk melindungi diri kita. Apakah mengelakkan perkara syubahat juga dapat membantu kita menyucikan hati kita? Itu terpulang kepada tafsiran sendiri.

Yang paling utama ialah kepentingan hati itu sebagai pusat tubuh kita, sekiranya baik hati maka baiklah tubuh badan dan pemikiran kita. Itulah yang banyak dijelaskan dalam ayat-ayat Quran dengan ungkapan seperti "Hati yang tidak mahu berfikir", "bagi hati-hati yang berfikir" dan banyak lagi. Jadi hati adalah alat untuk berfikir, semakin bersih hati kita pemikiran kita akan terarah untuk melakukan kebaikan, tapi sekiranya hati kita kotor maka banyaklah kemungkaran yang cuba kita perbuat.

Teringat para surirumah zaman dulu besarkan anak-anak mereka dengan cara masakan kampung je, makan juga ala kadar tapi anak-anak mereka semuanya berjaya, malah ramai yang menjadi tokoh terkenal hari ini. Itulah kelebihan memakan makanan yang jelas halal dan suci, ia mampu menguatkan jatidiri anak-anak mereka. Masalahnya wanita hari ini lebih sukakan cepat dan ringkas dalam semua perkara, termasuklah hal-hal makanan dan minuman keluarga. Apa nak buat.

Jadi apa kaitannya dengan makan diluar pula? Sudah menjadi trend hari ini, seronok makan diluar rumah terutama di hotel-hotel terkemuka. Apatak nya pelbagai makanan dihias indah membuka selera. Begitu juga seminar-seminar diadakan di hotel-hotel terkemuka, dengan dipenuhi beberapa kali program makan, seolah-olah makan lebih utama dari berbincang tentang ilmu. Apakah ia memberi kesan kepada kita? Kalau diteliti kisah perawi hadis zaman awal Islam, mereka menganggap "makan diluar boleh mengurangkan maruah perawi" dan mereka cuba menghindarinya. Itulah kelebihan mereka sehingga berjaya meninggalkan hasil yang sangat hebat untuk masyarakat Islam hari ini.

Kesimpulannya, perkara syubhat dan hati ini amat berkait rapat, malah ia memberi kesan dalam kehidupan kita, berhati-hatilah agar kita tidak terjatuh ke dalam perkara syubahat. Kurangkan mengikut cara hidup orang-orang bukan Islam dengan menghayati sirah Rasulullah dan Para Sahabat dan Tabien, untuk mendapat kejayaan sejati.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Surat Rasulullah SAW kepada Raja Oman

Tujuan Belajar Khat