Catatan

Cerita Libya

Seluruh dunia sedang membicarakan tentang Libya, cerita kezaliman pemerintah disana yang masih mahu mengekalkan kuasa, walaupun ternyata rakyat sudah menolak beliau. Bila menonton TV Libya (Al-Jumhuriyah), kita dihidangkan dengan seribu ketenangan seolah-olah Libya sekarang tidak terlibat dalam apa-apa masalah. Mereka sedaya-upaya cuba menutup kezaliman mereka dengan menyebarkan berita bahawa apa yang berlaku disebabkan oleh beberapa individu yang terbabit dengan kumpulan Al-Qaedah. Kemudian laporan penunjuk perasaan penyokong Muammar Ghadafi yang begitu ramai, malah mereka digalakkan untuk menyebarkan berita tersebut di internet. Ini adalah untuk menunjukkan kepada seluruh dunia bahawa penduduk Libya menyokong pemimpin mereka, serta semua saluran TV lain adalah pembohong besar. Begitu juga rakyat ditabur dengan duit dan janji-janji manis agar menyokong pemerintah sekarang. Pelbagai janji termasuklah menyediakan rumah, memberi bantuan kewangan percuma selama dua bulan bagi ...

Sekadar Berkongsi...adab dalam pergaulan

Alhamdulillah, hari Isnin dan Selasa lepas saya sempat mengendalikan Bengkel seni khat Thuluth yang dihadiri oleh pelajar dari beberapa buah sekolah sini, termasuklah pelajar sekolah lelaki. Seperti biasa adat orang Oman yang amat menjaga pergaulan lelaki dan wanita, terutama pelajar remaja. Jadi sempatlah saya melihat bagaimana guru-guru begitu prihatin terhadap suasana begitu. Oleh kerana program diadakan di sekolah perempuan, jadi pelajar lelaki termasuklah guru pengiring lelaki sentiasa mengingatkan pelajar kepentingan menjaga adab masing-masing. Guru pelajar perempuan mengingatkan pelajar perempuan agar duduk dengan tertib sebelum pelajar lelaki memasuki dewan. Alhamdulillah saya begitu kagum dengan cara mereka. Moga keikhlasan mereka mengingatkan pelajar remaja tentang kepentingan menjaga adab masing-masing serta tidak membenarkan pelajar lelaki dan perempuan berinteraksi beroleh kesan positif. Namun begitu pelajar-pelajar tersebut aktif menjawab persoalan yang saya kemukakan...

Kezaliman Versi Melayu

Semenjak awal tahun ini kita dikejutkan dengan berita-berita kezaliman pemerintah Arab, macam-macam kezaliman mereka dibongkar dan mendapat perhatian ramai. Namun begitu kezaliman mereka bersifat material dan fizikal, yang boleh nampak jelas serta mudah untuk diselesaikan jika kena caranya. Kezaliman ini berbeza dengan kezaliman yang berleluasa di tanahair kita, yang mana kezaliman ditempat kita dilakukan oleh insan biasa, yang melakukan penganiayaan secara sulit serta begitu sukar untuk dikesan. Bentuk kezaliman yang berleluasa di negara-negara Melayu, berpunca daripada perasaan hasad dengki, dendam, ingin menjatuhkan orang lain serta berbagai-bagai alasan lain. Pendek kata semuanya berpunca daripada hati, sehingga mereka sanggup menggunakan pelbagai cara sihir tanpa diketahui oleh mangsa. Akibatnya si mangsa yang terpaksa merana diatas kezaliman mereka.  Bagaimanakah cara untuk kita atasi kezaliman versi macam ni? Apakah memadai dengan menyediakan pelbagai teknik perubatan Is...

Kini Libya menyusul...

Alhamdulillah, minggu lepas saya dan keluarga sempat menonton program 'Al-Tariq ila Makkah ", program kuiz maklumat mengenai negara-negara di seluruh dunia, termasuklah negara-negara Arab. Kesimpulannya kebanyakan peserta yang menelefon tidak dapat menjawab soalan mengenai negara-negara Arab lain seperti Tunisia, Lubnan, Syria dan lain-lain, walaupun mereka orang Arab, sedangkan soalan berkaitan negara bukan Islam dapat dijawab dengan betul.  Jadi sayapun terfikir, apakah ia kesan dasar tertutup negara-negara Islam? Ataupun ia merupakan kelemahan umat Islam yang lebih melihat negara orang bukan Islam, serta mencari maklumat mengenai mereka, sedangkan maklumat tentang negara-negara jiran sendiri tidak dipeduli.  Itu cerita orang Arab dan negara-negara Arab lain, apa lagi kita orang Melayu, banyak lagilah maklumat tentang negara-negara Arab yang tidak kita ketahui terutama perkembangan semasa yang berlaku dinegara-negara mereka. Bila berlaku revolusi Tunisia, banyaklah ...

Setakat Mana Kesabaran kita?

Sabar..sabar...sabar... Perkataan yang senang disebut tetapi begitu sukar untuk diamalkan... Kadang-kadang kita merasakan bahawa kita sudah bersabar, tapi akhirnya hancur juga. Ada yang berpuluh-puluh tahun sabar, kemudian kesabaran tersebut hilang sekelip mata, dengan tindakan tanpa diduga, kemudian menyesal. Itulah sebabnya kita mestilah bersabar sepanjang masa, tiada waktu untuk memilih nak sabar ataupun tidak. Teringat kisah seorang kawan suami yang lebih 20 tahun bersabar atas kezaliman pemerintah, menyebabkan beliau tidak dapat pulang menemui keluarga tercinta, yang mana akhirnya beliau membuat keputusan menyerah diri kepada kedutaan mereka disini. Alhamdulillah beliau dapat pulang menemui keluarga ditanahair, tetapi ditahan disana selama 7 bulan, terpaksa berulang-alik ke bandar untuk disoal-siasat setiap dua minggu, walaupun beliau sudah mendapat kerakyatan Oman.  Ramai yang tidak menduga tindakan beliau, kerana beliau merupakan seorang aktivis yang aktif. Mal...

Mesir Bebas...

Alhamdulillah..akhirnya penantian semenjak 25 Januari lepas telah berakhir, sekejap tadi Presiden Hosni Mubarak telah melepaskan pemerintahan kepada askar. Buat masa sekarang, umat Islam di Mesir sedang merayakan kebebasan mereka daripada rejim Mubarak. Pada masa yang sama dilaporkan penduduk Lubnan juga berpesta merayakan kejayaan umat Islam Mesir, begitu juga di Gaza melepaskan tembakan ke udara sebagai tanda kegembiraan mereka diatas kejayaan Umat Islam Mesir. Tertanya-tanya juga siapakah bakal pemimpin mereka selepas ini? Moga selepas ini negara-negara Arab akan diperintah oleh pemimpin yang adil, yang dapat membawa umat Islam ke arah kejayaan didunia dan diakhirat. Alhamdulillah 'ala kulli hal...حسبي الله ونعم الوكيل

Jauhnya Impian Saya...

Setiap insan mempunyai impian...ramai yang berusaha untuk mencapainya, kadang-kadang tercapai kadang-kadang terhenti dipertengahan jalan. Ada impian diri sendiri, ada juga impian untuk ummah... Impian saya untuk Ummah Islam ialah ingin melihat umat Islam bersatu serta berjaya mengatasi kejayaan orang bukan Islam. Saya ingin melihat umat Islam disanjungi, serta menjadi khalifah dialam ini.   Kadang-kadang terfikir, jauhnya impian ini kerana realitinya umat Islam berpecahbelah. Semakin hari ummah kita semakin mengecil walaupun jumlah kita ramai. Dimana-mana saja umat Islam meminta kemerdekaan, meminta kuasa bagi negara sendiri. Lihatlah Sudan yang sudah terbahagi dua, yang mana 99% penduduk Sudan Selatan memilih untuk berpisah daripada Sudan. Di Iraq, Syria dan Turki pula puak Kurdistan meminta untuk berpisah dari mereka.  Di Afrika Utara pula kaum Amaziq mendesak untuk memiliki autoriti sendiri. Jadi negara-negara seperti Algeria, Tunisia, Morocco, Libya ...