Sekadar Berkongsi...adab dalam pergaulan

Alhamdulillah, hari Isnin dan Selasa lepas saya sempat mengendalikan Bengkel seni khat Thuluth yang dihadiri oleh pelajar dari beberapa buah sekolah sini, termasuklah pelajar sekolah lelaki.

Seperti biasa adat orang Oman yang amat menjaga pergaulan lelaki dan wanita, terutama pelajar remaja. Jadi sempatlah saya melihat bagaimana guru-guru begitu prihatin terhadap suasana begitu.

Oleh kerana program diadakan di sekolah perempuan, jadi pelajar lelaki termasuklah guru pengiring lelaki sentiasa mengingatkan pelajar kepentingan menjaga adab masing-masing. Guru pelajar perempuan mengingatkan pelajar perempuan agar duduk dengan tertib sebelum pelajar lelaki memasuki dewan.

Alhamdulillah saya begitu kagum dengan cara mereka. Moga keikhlasan mereka mengingatkan pelajar remaja tentang kepentingan menjaga adab masing-masing serta tidak membenarkan pelajar lelaki dan perempuan berinteraksi beroleh kesan positif.

Namun begitu pelajar-pelajar tersebut aktif menjawab persoalan yang saya kemukakan, tanpa masalah. Ini termasuklah percubaan membaca 'Surat Rasulullah kepada Raja Oman', yang mana amat menarik buat mereka.

Bila bercerita tentang menjaga pergaulan, saya teringat cerita Mudirah Sekolah tersebut ketika menjawab persoalan ibu-ibu tentang pergaulan pelajar lelaki dan perempuan yang terlibat dalam latihan perbarisan hari kemerdekaan Oman akhir tahun lepas.

Beliau memberitahu bahawa, kementerian pendidikan memperuntukkan bayaran khas untuk guru-guru yang bertugas menjaga pelajar semasa menghadiri latihan tersebut. Malah seorang murshid/ah (guru) ditugaskan untuk mengawal 20 orang pelajar.

Malah dewan yang memuatkan pelajar perempuan diletakkan berjauhan daripada dewan pelajar lelaki, seolah-olah timur dan barat. Menurut beliau, jika ada pelajar yang cuba membuat hal, maka pelajar tersebut akan dikeluarkan daripada program.

Apa yang menarik pada pandangan saya (semasa latihan perbarisan) ialah cerita bagaimana seorang pelajar perempuan meminta kebenaran mudirah untuk bercakap dengan seorang lelaki. Setelah dua hari berturut-turut pelajar tersebut meminta izin, maka Mudirah terpaksa mengeluarkan pelajar tersebut daripada turut serta. Ini kerana mereka mengambilberat pandangan ibubapa yang menyerahkan tugas mengawal anak-anak remaja kepada mereka.

Namun begitu saya tertarik dengan sikap pelajar perempuan tersebut, yang mana dia tidak bertindak sesuka hati, sebaliknya meminta keizinan...walaupun keizinan untuk berbuat perkara negatif. 

Manakala pelajar-pelajar lelaki juga tahu adab mereka, termasuklah adab menjaga pandangan. Ini kerana di Oman adalah 'aib' seorang lelaki berada di dalam majlis wanita, jika terpaksa dia mestilah menjaga adab dan pandangannya.

Apa yang saya lihat disini amat jauh bezanya daripada suasana yang saya rasai ketika menjadi guru sekolah menengah di Malaysia 16 tahun dulu. Di negara kita, pelajar remaja bebas berinteraksi sesama mereka tanpa ada sesiapa yang mempersoalkannya.

Moga mereka mampu mengekalkan adab yang begitu baik, untuk kemakmuran negara pada masa akan datang.   

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
betul la kak liza. terpegun jugak dengan cara macam gitu. setiap adab dan batas pergaulan dijaga betul2 dengan niat awal untuk menjaga amanah ibu bapa, seterusnya menjaga adab2 pergaulan yang ditetapkan islam. kalau di msia, pelajar2 duduk berkepit tepuk tampar dah kira normal. mungkin itu juga penyebab masalah sosial sebumbung tanpa nikah, buang anak dll semakin normal di msia.
faraherda.razalan berkata…
Betul! Sistem mengasingkan kelas mengikut gender juga sepatutnya dilaksanakan. Yahudi menggunakan sistem ini. Jadi tidak hairan, pendidikan mereka jauh lebih tinggi dari orang Muslim....kita "tiru" yang baik, itu tidak salah. Tapi mengikut telunjuk Yahudi itu yang byk melemahkan kita...betul tak?
aliza berkata…
Sebenarnya bila sistem pengasingan dilakukan kita rasa lebih bebas, tak perlu fikirkan perkara remeh-temeh berkaitan lelaki semasa belajar...
Kita juga dapat keluarkan potensi diri yg sebenar...tu yg best.

Ini pengalaman sendiri yg belajar di MMP suatu ketika dulu. Sekolah yg sama dimana beberapa orang pelajar terbaik SPM Malaysia belajar.

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Surat Rasulullah SAW kepada Raja Oman

Tujuan Belajar Khat