Catatan

Mengajar dari Rumah

Jika kita melayari internet kita akan temui pelbagai iklan mengenai bekerja dari rumah sama ada sepenuh masa ataupun separuh masa. Begitu juga pelbagai universiti maya diwujudkan untuk menampung keperluan dalam bidang maya ini. Pendek kata peluang terbuka luas buat sesiapa saja yang berminat untuk menuntut ilmu. Dalam dunia sekarang, kita tidak boleh lagi memberi alasan tidak tahu kerana segala maklumat berada dihujung jari sesiapa saja yang ingin mencarinya. Namun begitu kita mestilah berhati-hati kerana dalam masa yang sama banyak juga ilmu yang tidak betul disebarkan. Ketika inilah kepandaian menganalisis fakta dan sikap yang kritikal diperlukan, agar kita tidak termasuk kedalam golongan yang menyampaikan dan menyebarkan maklumat-maklumat yang salah terutama dalam hal-hal berkaitan agama. Bila kita menyoroti kisah-kisah ulama silam, kita akan temui sikap-sikap mulia dipamerkan berkaitan dengan penyebaran ilmu. Teringat kisah Imam Bukhari dan Imam Muslim ketika ingin me...

Alam Tumbuh-tumbuhan

Alhamdulillah setiap kali berjalan-jalan, kita diberi peluang berinteraksi dengan alam disekeliling kita. Apakah kita pernah memerhati serta mengamati pebezaan tumbuh-tumbuhan? Subhanallah...setiap ciptaan Allah dialam ini begitu unik serta tersusun rapi. Apa yang Allah ciptakan sesuai untuk penduduk tempat tersebut. Alhamdulillah peluang berada ditiga buah negara berbeza, serta memerhati perbezaan-perbezaan yang wujud disitu membuktikan bahawa 'nikmat Allah begitu besar kepada insan'. Apa yang pasti tumbuh-tumbuhan mampu tumbuh serta membesar dengan cepat bila mendapat bekalan  air. Itulah yang sedang saya amati diatas bukit dihadapan flat kami disini. Alhamdulillah setelah hujan turun beberapa kali pada bulan lepas, bukit-bukit disini mula berubah kepada warna hijau. Rerumput mulai tumbuh menghijau, manakala pokok-pokok renek juga mulai membesar. Saya tertanya-tanya dari mana datangnya pokok-pokok tersebut, bagaimana ia boleh membesar begitu cepat sekali? Subhanallah.......

Kawal Suami

Setakat mana seorang isteri boleh campurtangan dalam urusan hidup suami? Ada suami yang rasa seronok apabila isteri mengambiltahu tentang urusan hidup mereka, kerana mereka merasa bahawa isteri menyayangi mereka serta ingin berkongsi segala-galanya dengan isteri mereka. Ada pula suami yang tidak suka apabila isteri bertanyakan urusannya, kerana menyangka isteri ingin mengawal kehidupan mereka. Ada pula yang memilih untuk berkongsi urusan-urusan serta cerita tertentu sahaja. Semuanya terpulang kepada personaliti suami serta kepandaian isteri memainkan peranan mereka. Manakala isteri pula, ada isteri yang terlalu mengambilberat tentang suami hinggakan suami merasa rimas dengan mereka.  Ada pula isteri yang terlalu mengongkong kehidupan suami hinggakan segala urusan suami dia yang mengawalnya. Si suami bagaikan pak turut tanpa berkata apa-apa. Terasa kasihan apabila mendengar kisah ibubapa yang mana anak lelaki mereka dikawal oleh isteri, hinggakan nak berhub...

Janji Melayu atau Janji Arab?

Janji Melayu...satu ungkapan yang selalu kita dengar bila menghadiri apa-apa program ataupun apa-apa temujanji yang berkaitan dengan waktu suatu ketika dulu. Ia menunjukkan bahawa orang Melayu selalu lambat dan tidak menepati masa yang sepatutnya. Biasanya jika berjanji jam 7 dia akan sampai setengah jam atau sejam kemudian. Begitu juga jika program sepatutnya bermula jam 7 ia akan dimulakan lebih lambat.  Apakah sikap tidak menepati masa tersebut masih ada dalam masyarakat Melayu?  Sepanjang bergaul dengan orang-orang Melayu disini, saya dapati kebanyakan mereka menepati masa serta begitu menghargai masa. Begitu juga setiap program bermula pada waktu seperti yang dijanjikan. Oleh itu saya merasakan bahawa ungkapan tersebut tidak lagi sesuai untuk digunakan oleh masyarakat melayu disini. Alhamdulillah. Apa yang jelas kebanyakan rakan-rakan disini menghargai masa serta mempunyai perancangan yang jelas. Itulah sumber kemakmuran hidup mereka. Jika dulu saya selalu...

Solat dan Pengurusan Masa

Apakah perkaitan antara solat dan pengurusan masa? Ramai yang menjaga solat tetapi gagal menguruskan masa, apakah itu kesan positif daripada solat kepada beliau? Sebagai seorang Muslim kita disuruh mengerjakan solat dalam waktu-waktu yang ditetapkan, iaitu lima kali sehari semalam. Setiap waktu solat ada garis waktu yang tertentu yang mesti kita ikuti, kita tidak boleh sewenang-wenangnya menukar waktu-waktu tersebut mengikut citarasa kita sendiri. Waktu-waktu solat adalah gambaran awal bagi umat Islam tentang pengurusan masa, jika umat Islam mampu mengurus waktu solat mereka, banyaklah kebaikan yang akan terhasil daripadanya. Namun begitu kadang-kadang kita bertemu dengan insan yang begitu menjaga waktu solat, akan tetapi tidak berdisiplin dalam menjaga masa, seolah-olah solat dan kehidupan diluar solat ada pemisahnya. Apakah tindakan kita bila berhadapan dengan situasi sebegini? Apakah kita cuma mengikut cara mereka tanpa bertindak untuk memperbaikinya? Apa yang penting umat Isla...

Awal Muharram Kembali lagi...

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1433H...Moga diberi kekuatan serta semangat untuk meneruskan usaha-usaha kita hingga ke akhir usia. Bulan Muharram kembali lagi, mengembalikan beberapa adat dan amalan yang tidak bersumberkan sunnah, tetapi disebarkan sebagai sunnah Rasulullah saw. Apa yang menyedihkan ialah ia juga turut dikongsikan oleh ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah yang menerima amalan tersebut sebagai sunnah. Maka berleluasalah amalan tersebut disebarkan diinternet. Seingat saya sepanjang berada disini, saya tidak pernah mendengar orang bercerita tentang amalan doa akhir dan awal tahun hijrah. Terfikir juga apakah orang Oman tidak tahu tentang amalan ini, jika ia adalah sunnah. Dalam masa yang sama, hati terasa ingin tahu siapakah yang memulakan amalan ini, jika benar ia bukan bersumberkan hadis baginda?. Kita kata kita sayangkan baginda, tetapi kita menyebarluaskan ibadah yang tidak dilakukan oleh baginda...apakah itu tanda kita sayangkan baginda? Kita mengaku bahawa ag...

Wanita 1/4 Ahli Dewan Tunisia

Sudah sebulan lebih pilihanraya asas Tunisia berlangsung iaitu pada 23 Oktober 2011, dan sudah beberapa hari calon-calon yang terpilih bermesyuarat diparlimen Tunisia, barulah saya berkesempatan untuk menulis mengenainya disini. Pilihanraya tersebut yang dinyatakan sebagai satu pilihanraya bersih dan  telus telah dihadiri oleh ramai pemerhati daripada seluruh dunia. Ia mengambil masa beberapa hari sebelum keputusan rasmi diumumkan, kerana petugas pilihanraya yang kurang berpengalaman. Apa yang menarik perhatian saya ialah lebih  kurang satu perempat calon yang terpilih adalah terdiri daripada wanita. Ini termasuklah calon-calon daripada Parti Al-Nahdha, sebuah parti berideologi Islam, yang turut menyenaraikan ramai calon wanita sebagai wakil rakyat mereka, termasuklah wanita yang tidak bertudung (?)  Setiap hari  TV Tunisia menyiarkan siaran langsung persidangan di Parlimen, yang bermula dengan beberapa adegan penentangan beberapa wakil rakyat pembangkang. Sa...