Catatan

Santunilah Ibubapamu

Bila banyak berjalan kita akan sempat melihat pelbagai ragam manusia. Ramai yang menganggap setiap apa yang berlaku berkait dengan adat dan budaya setempat, biarpun kadang-kadang ia bertentangan dengan akhlak seorang muslim. Namun begitu sebelum kita menghukum sesuatu selidikilah dahulu. Apa yang pasti, bila wujud perasaan kasih terhadap seseorang kita akan sanggup meluangkan masa kita untuk menyediakan sesuatu yang istimewa buat insan tersebut. Bila layanan dibuat sambil lewa, itu bermakna kasih itu hanyalah dibibir mulut saja. Berbalik kepada tajuk 'santunilah ibubapamu', ia adalah hasil pengamatan terhadap amalan yang berlaku didalam beberapa masyarakat yang pernah saya saksikan sendiri. Meskipun berlainan adat dan budaya, ajaran agama kita adalah satu serta tidak berubah. Ajaran Islam menitikberatkan tentang berbuat baik kepada ibubapa, terutama bila mereka sudah berusia lanjut. Dalil-dalil daripada al quran dan al sunnah amat jelas tentang berbuat baik kepada ibuba...

Musim Panas 2013

Cuti musim panas kali ini sudah hampir ke penghujung, apa yang nyata kami sudah bersedia untuk meninggalkan tempat ini. Mungkin cuti ini adalah cuti yang paling tidak bermakna buat kami, apa-apapun kami redha menerimanya. Kadang-kadang kita merancang tetapi perancangan Allah lebih baik untuk kami. Jika kita menerima ketetapan itu dengan redha, kita akan berasa tenang. Ia lebih baik daripada mengharapkan sesuatu di luar kuasa kita. Sesungguhnya cuti kali ini mengajar diri ini banyak perkara tentang hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia. Sebelum meletakkan kesilapan kepada orang lain, lebih baik memperbaiki diri sendiri. Ini kerana kita tidak mampu mengawal sesuatu diluar diri kita. Apatah lagi bila kita berada di suatu tempat yang begitu jauh berbeza daripada adat dan budaya kita sendiri. Apa yang boleh dikata...redhalah menerimanya. Bila cuti berakhir, maka anak-anak akan memulakan kembali perjuangan mereka dalam menuntut ilmu. Bagi anak lelaki, kembali ke sekolah b...

Kisah-kisah dalam Al-Quran

Alhamdulillah sudah dua pertiga Ramadhan berlalu, maknanya sudah banyak kenangan dan amalan yang mampu kita kumpulkan kali ini. Jika kita mengaji Quran sejuzuk sehari, kita mungkin telah berjaya menghabiskan lebih daripada dua pertiga al-quran. Alhamdulillah... Jika kita membaca dan cuba memahami isi kandungan ayat-ayat tersebut kita telah mampu mengumpulkan begitu banyak kisah-kisah menarik yang diceritakan didalam kitab suci itu. Perasan tak apakah cerita yang paling banyak diulang didalam Al-Quran? Siapakah nabi yang kisahnya diulang-ulang tetapi didalm senario yang berbeza? Jika kita cuba hayati dan susun kembali cerita-cerita nabi tersebut dan umat baginda, kita akan mampu memahami realiti masalah yang menimpa umat Islam hari ini. Apakah ada penyelesaian yang disebut didalam al-quran? Itulah kisah Nabi Musa dan umat baginda, orang-orang Yahudi yang menjadi musuh utama umat Islam hari ini. Ramai yang rasa sedih, kecewa, geram dan marah dengan sikap orang-orang Yahudi terhadap ...

Dua dalam Satu lagi

Imej
Ada satu lagi benda menarik yang saya temui disini berkonsepkan dua dalam satu iaitu motosikal. Ketika mula-mula melihat motosikal disini saya tergelak, kerana konsep yang digunakan amat berbeza daripada motosikal yang selalu saya lihat ditempat lain. Tapi lama-lama saya rasa konsep ini amat bersesuaian dengan taraf ekonomi orang yang menggunakannya. Ketika berduit untuk membeli minyak motor ia boleh digunakan sebagai sebuah motosikal, bila kehabisan minyak ia boleh ditukarkan menjadi basikal yang dikayuh seperti basikal biasa. Anak-anak saya amat seronok mencuba motosikal ini, bermula dengan belajar mengayuh kemudian baru mula belajar menggunakan enjin. Apa yang menariknya, pemandu motosikal mestilah mengayuh motosikal tersebut untuk menghidupkan enjinnya. Ia adalah diantara pengangkutan popular bagi penduduk disini, terutama untuk bergerak ke tempat yang dekat. Kenderaan keluaran Perancis ini hanya saya temui disini, mungkin anda pernah melihatnya ditempat lain. Bag...

Ahlan ya Ramadhan

Alhamdulillah kita bertemu lagi Ramadhan kali ini. Moga Ramadhan kali ini lebih bererti dalam hidup kita serta menjadi titik mula kepada perubahan yang ingin kita lakukan dalam hidup kita.  Bayangkan sudah berapa lama kita menunaikan ibadah ini, apakah corak Ramadhan yang kita bentuk dalam diri kita? Apakah Ramadhan kita hanyalah berlapar dahaga semata-mata ataupun kita cuba membawanya ke peringkat yang lebih baik, di mana Ramadhan ini kita gunakan untuk membentuk diri bersesuaian dengan target kita kali ini. Bagi saya, Ramadhan amat sesuai dijadikan titik perubahan untuk apa saja yang kita inginkan, kerana ketika ini kita hanyalah berperang dengan keinginan nafsu kita, tiada lagi cabaran unsur luar yang selalu berlumba untuk melemahkan diri kita setiap kali kita ingin berubah. Jadi gunakanlah tempoh sebulan ini untuk melatih diri untuk memulakan ritual baru yang perlu diteruskan selepas Ramadhan, serta raihlah Rahmat Ilahi sepanjang bulan ini. Janganlah kita menjadikan ia wak...

Indahnya Berinternet

Alhamdulillah...syukur kerana kita memiliki satu teknologi yang amat bermakna buat perantau. Jika dulu bila terasa sunyi, kita terpaksa memendam rasa, hari ini kita mampu berhubung dengan mudah. Internet juga menghubungkan kita dengan insan yang berada jauh dari kita, terutama bila kita berada sendirian tanpa teman-teman yang memiliki budaya yang sama. Inilah perasaan bila berada ditengah-tengah keluarga yang berlainan adat dan budaya. Kadang-kadang terfikir, mengapa aku memilih takdir ini? Apakah yang aku harapkan daripada kehidupan sebegini? Alhamdulillah dengan kemudahan internet, kurang sedikit perasaan bosan, rindu untuk mendengar bahasa ibunda dipertuturkan. Juga rindu untuk berbicara secara berdepan menggunakan bahasa ibunda. Itulah keindahan internet untuk orang-orang seperti saya...moga Allah memberi kekuatan untuk saya menghabiskan cuti kali ini dengan tenang dan gembira.

Dua dalam Satu

Imej
Alhamdulillah hari-hari yang dilalui disini agak menarik meskipun hanya terkurung dirumah. Bila terasa bosan, keluar ke halaman rumah sambil memilih buah peach dan plum yang dah mula masak. Apa yang menariknya buah ini terhasil daripada satu pokok sahaja. Satu dahan peach manakala sebahagian lagi plum. Ketika kami baru sampai tiga minggu lepas, buah plum baru nak masak. Inilah kali pertama saya makan buah ini yang masih belum masak, rasanya seakan-akan satu buah yang pernah saya makan ketika kecil- kecil dulu, masam-masam manis. kami panggil buah gemior, Semua mentertawakan saya kerana makan buah yang belum masak. Saya makan cara orang Kelantan, buat ccolek. Sekarang buah-buah tu sudah masak. Ketika orang lain sibuk makan buah plum, selera saya pula beralih kepada buah pic. Seronok juga makan buah yang dipetik sendiri, terus dari pokok. Inilah kebiasaan saya ketika kecil, amat suka memakan buah-buahan dari pokok. Bezanya disini pokok buah-buahan rendah dan boleh dipetik...