Catatan

Mula Berkongsi...

Alhamdulillah syukur kepada Allah atas kurniaan-Nya kepada kami. Alhamdulillah syukur juga kerana diberi kekuatan untuk menulis semula...moga perkongsian kali ini akan lebih konsisten dan berterusan. Setelah memulakan perjalanan dari kampung tercinta pada 1 September lepas, kami selamat kembali semula ke Bumi Muscat pada awal pagi 2 September 2014. Boleh dikatakan inilah perjalanan yang amat mencabar minda setelah saban hari dihidangkan dengan pelbagai berita tentang kemalangan kapalterbang MH17 dan MH 370 semasa di Malaysia. Sesungguhnya berita-berita tersebut mengingatkan diri ini agar tidak lalai serta selalu mengingati Allah swt. Akan tetapi dalam masa yang sama perasaan risau dan bimbang sentiasa datang menganggu fikiran ini. Begitu juga keluarga dikampung tertunggu-tunggu berita apakah kami sudah selamat sampai ke destinasi. Alhamdulillah kami selamat sampai ke bumi ini semula, selamat menduduki rumah baru berdekatan tempat kerja suami selepas 8 tahun berada ditengah-tengah...

Macam-macam cerita

Alhamdulillah bersyukur kerana masih mampu menulis disini. Lama betul tidak mencoret sesuatu disini, meskipun ada pelbagai cerita dan peristiwa yang dilalui semenjak berada ditanahair. Sudah dua bulan lebih saya balik ke Malaysia bersama anak-anak, iaitu ketika bermula cuti sekolah anak-anak pada awal bulan Jun lepas. Cuti ditanahair kali ini hanya berbaki dua minggu lebih. Kami akan memulakan kembali pengembaraan kami di bumi Oman pada awal September nanti insya Allah. Alhamdulillah cuti kali ini begitu bererti pada saya meskipun kebanyakan masa dihabiskan dirumah dengan kedua ibubapa tercinta. Sesungguhnya inilah rahmat Allah kepada saya, meskipun berada begitu jauh tetapi Allah masih memberi peluang untuk diri ini merasai hari-hari bersama mereka ketika mereka dihujung usia. Kali ini juga saya peluang berpuasa dan berhariraya dikampung. Sesungguhnya orang yang patut dihormati dan diucapkan terima kasih ialah Sang Suami yang memberi kebenaran untuk saya dan anak-anak berpisah ...

Ibuku Guruku

Alhamdulillah hari ini 16 Mei 2014, Sambutan Hari Guru di Malaysia. Tahun ini pelbagai ragam sambutan hari guru dikongsi bersama-sama. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan sekalung penghargaan kepada semua guru dan professor yang telah berjaya mendidik diri ini hingga ke tahap ini. Namun penghargaan yang teristimewa buat Bonda yang menjadi guru pertama dan terhebat. Sesungguhnya saya telah dididik dengan cara yang begitu hebat, menggunakan method yang sangat unik, yang belum pernah saya terbaca dalam mana-mana buku. Moga Allah memberkati kehidupan bonda dan ayahanda saya, memberikan ketenangan kepada kedua-duanya serta memberi kekuatan untuk mereka melalui ujian hidup ini. Bonda bukanlah insan terpelajar, beliau belajar hanya di peringkat rendah sahaja, tamat darjah enam seterusnya berada dirumah. Sejarah hidup beliau jauh berbeza daripada saya, namun beliau tidak pernah merungut kesukaran hidup beliau. Ujian demi ujian dihadapi tetapi beliau begitu tabah. Moga Allah terus memb...

Ajar Anak Bersalam

Alhamdulillah...syukur kerana berkesempatan untuk berkongsi sesuatu disini. Moga ia menjadi peringatan buat diri dalam mendidik anak-anak. Setiap anak mempunyai sikap tersendiri, kadang-kadang agak sukar untuk difahami, namun begitu ada adab-adab asas yang mesti kita terapkan dan bertegas mengenainya, kerana ia menunjukkan kecantikan agama kita. Adab-adab asas ini mesti dipupuk oleh ibubapa, kerana ibubapa banyak menghabiskan masa dengan anak-anak. Diantara adab-adab asas ini ialah adab bersalam dan memberi salam. Ia bukanlah suatu perkara sukar untuk dipraktikkan tetapi memerlukan nasihat yang berulang-ulang, agar ia melekat dan terukir dalam diri anak-anak kita. Saya amat mengagumi sikap anak-anak orang Arab yang saya temui, kerana begitu mudah untuk bersalaman dan memberi salam. Kadang-kadang terasa kekurangan diri dalam mendidik. Dalam masa yang sama tertanya-tanya bagaimanakah cara mereka mendidik anak-anak, hinggakan anak-anak kecil begitu mudah untuk bersalaman bila bertem...

Sebarkan yang Elok

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana masih mampu berkongsi apa yang saya fikirkan disini. Di antara kegemaran saya ialah memerhati dan meneliti apa yang berlaku disekeliling saya. Oleh kerana berada jauh dari tanahair, saya memilih untuk membaca komen dan perkongsian rakyat Malaysia di facebook dan internet. Kadang-kadang saya mula dengan membaca komen, sekiranya komen dan pendapat itu menarik, barulah saya membaca berita tersebut. Mungkin anda menganggapnya pelik, tetapi dari situ saya dapat menilai cara rakyat Malaysia berfikir. Hasil pemerhatian saya dapat disimpulkan bahawa generasi kini agak lemah dari segi adab, serta kurang berhati-hati ketika berkongsi maklumat. Apakah puncanya? Dalam masa yang sama, mereka banyak menggunakan perkataan-perkataan negatif, seolah-olah ucapan tersebut adalah biasa. Kutukan dan sindiran begitu banyak digunakan, menghilangkan adab melayu yang begitu hebat suatu ketika dulu. Dalam hati terfikir apakah generasi ini tidak dididik? Apakah mere...

Allah Menguji...Redhalah.

Alhamdulillah...bersyukur pada Allah swt kerana memberi kekuatan untuk menulis disini. Moga hati ini terus tabah dan kuat untuk mencatat sesuatu disini. Teringat ayat Quran yang dibaca dalam surah al nisa ayat 32: "ولا تتمنوا ما فضل الله به بعضكم على بعض للرجال نصيب مما اكتسبوا وللنساء نصيب مما اكتسبن وسئلوا الله من فضله إن الله كان بكل شيء عليما" Maksu...

Anti Hadis Kembali Bersuara

Alhamdulillah dipermudahkan oleh Allah untuk saya menulis disini lagi. Bulan lepas ramai kawan-kawan fb di Malaysia berkongsi tentang Seminar Pemikiran Kassim Ahmad. Pelbagai reaksi masyarakat disana boleh saya rasa bila membaca komen-komen yang dilontarkan. Semakin hari rakyat semakin pening, pelbagai isu berbangkit berkaitan aqidah muncul. Jika sebelum ini sibuk dengan isu Syiah, kalimah Allah sekarang perbincangan tentang kumpulan anti hadis atau quraniyyun. Teringat ketika zaman belajar dulu, saya sempat belajar mengenai golongan anti hadis, jadi saya sempat menelaah beberapa buku tulisan Kassim Ahmad, walaupun ia telah diharamkan. Buku "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan kepada Pengkritik", dibaca dan cuba difahami. Kemudian saya mencari tulisan lain yang menjelaskan kekeliruan yang cuba ditimbulkan oleh Kassim Ahmad. Beliau cuba menafikan bahawa beliau menolak hadis sebagai hujah, tetapi isu yang ditimbulkan adalah sama dengan hujah yang digu...