Catatan

Kenangan Manis 2015

بسم الله الرحمن الرحيم Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana terbuka hati untuk mencatat sesuatu disini sebagai penutup tahun 2015. Alhamdulillah syukur kerana diberi peluang untuk merasai kemanisan hidup diperantauan, serta diberi kekuatan menghadapi segala ujian hidup. Kita yang mengatur aktiviti seharian kita, Manis atau pahit anggaplah ia sebahagian daripada pengalaman merantau. Insya Allah kita akan sentiasa merasa bahagia. 2015 tahun kami mengukuhkan ikatan sekeluarga, tiada aktiviti berkhemah dengan rakan senegara. Alhamdulillah ia mampu meninggalkan kenangan manis dengan cara kami. 2015 sekali lagi kami mampu menghabiskan cuti musim panas ditanahair. Alhamdulillah ketika menjejaki kaki di KLIA saya berpeluang bertemu sahabat lama yang hampir 26 tahun tidak bertemu. Kenangan paling manis bila menaiki pesawat AirAsia yang sama dengan Cikgu Ismail, guru yang bertanggungjawab menguruskan pengangkutan ketika saya Dan rakan-rakan MMP yang mendapat tawaran ke Pusat Mat...

Genap 10 Tahun di Oman

Alhamdulillah hari ini 11.11.2015 genaplah 10 tahun kami berada di bumi Oman. Pada tarikh ini 10 tahun lalu, kami tiba di Lapangan terbang Antarabangsa Seeb selepas seminggu menyambut hariraya Aidilfitri bersama keluarga di kampung. Alhamdulillah syukur kerana diberi kesempatan untuk mengutip pengalaman di bumi yang amat indah ini. Alhamdulillah syukur juga kerana diberi peluang mengenali dan bersahabat dengan pelbagai golongan manusia di sini. Alhamdulillah syukur kepada Allah swt yang mengurniakan rezeki kepada kami sekeluarga disini, satu tempat yang tidak pernah terlintas dalam fikiran ini. Inilah ketetapan Allah untuk kami. Apa yang masih saya ingat, beberapa bulan sebelum berpindah ke Oman, saya sempat melawat pameran International Week di UIA, tempat saya bekerja. Di situ saya melihat gambar pemandangan yang sangat cantik serta terdetik dihati, subhanallah cantiknya tempat ini. Akan tetapi tidak terlintas yang saya akan sampai ke situ. Rupa-rupanya itulah gambaran p...

Berakhirnya Cuti di Malaysia 2015

Imej

Sambutan Hari Kidal

Alhamdulillah...akhirnya dapat juga peluang untuk menulis dari kampung tercinta. Setelah hampir dua bulan menghabiskan cuti musim panas tahun ini, hari ini terbaca tentang sambutan hari kidal. Rupa-rupanya ada hari khas untuk si kidal. Mungkin saya kurang membaca menyebabkan saya tidak tahu kewujudan sambutan ini. Umur dah nak masuk 45 tahun baru dapat maklumat ini. Jadi hari ini saya berpeluang membaca pelbagai tulisan tentang si kidal. Ada yang saya setuju dan ada yang saya tidak setuju. Apa yang jelas bukan mudah menjadi orang kidal...saya perlu memberi perhatian kepada semua perkara berkaitan penggunaan tangan, sama ada kiri atau kanan. Pernah satu kali anak saya memberi komen tentang masalah saya bila ditanya kiri atau kanan. Umi ni mesti fikir dulu bila ditanya kiri atau kanan. Puncanya kami tersesat dan bertemu seorang lelaki, apabila suami bertanya beliau mana arah jalan utama, beliau memusingkan seluruh tubuh beliau sebelum menjawab soalan suami saya. Anak saya te...

Mendidik Pembantu Rumah

Alhamdulillah...syukur kepada Allah kerana mempertemukan saya dengan insan yang memiliki akhlak yang begitu mulia. Baru sebulan saya mengenali insan tersebut, pertemuan yang tidak dirancang ketika saya menghadiri Nadwah Fiqh yang menghimpunkan ulama sedunia. Ketika itu saya menunggu sesi sebelah petang, manakala rakan tersebut menunggu suami beliau. Masa kosong tersebut kami isi dengan perbualan yang menyentuh pelbagai isu. Hari-hari seterusnya kami hanya bersapa ringkas, hinggalah pada hari terakhir Nadwah beliau meminta saya mengajar beliau teknik yang betul untuk menulis khat. Alhamdulillah tempat tinggal kami agak dekat, jadi saya berpeluang untuk menziarahi beliau. Sesungguhnya Allah ingin memberi pelbagai ilmu kepada saya, bila bersahabat dengan beliau. Di antara pelajaran pertama ialah berbuat baik serta menghargai pembantu rumah. Sememangnya saya begitu kagum dengan cara beliau mendidik pembantu rumah beliau yang berasal dari Etophia. Inilah kali pertama yang mendengar...

Teknik Menulis Khat Nasakh Secara Cepat

Bismillah... Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana telah membuka ruang untuk saya berkongsi kemahiran menulis khat dengan beberapa penggemar seni ini di sini. Sebenarnya sudah beberapa kali saya cuba menghidupkan kembali bakat ini, tetapi akhirnya ia terhenti. Puncanya saya melihat ilmu ini terlalu mudah, tidak bermanfaat buat diri sendiri serta pelbagai lagi fikiran negatif. Akhirnya ilmu yang bertahun-tahun dipelajari secara formal sewaktu zaman persekolahan terpendam begitu saja, terutama apabila saya mula menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Di sini, saya dipertemukan dengan beberapa orang guru sekolah anak-anak saya yang menyedari bakat ini, serta meminta saya mengajarkannya kepada pelajar mereka. Alhamdulillah saya sempat beberapa kali berkongsi teknik menulis khat dengan pelajar sekolah anak-anak saya. Kemudian beberapa orang jiran meminta saya mengajar mereka untuk menulis dengan kaedah yang betul. Setelah beberapa kali mencuba beberapa kaedah, akhi...

Hati Seorang Ibu

Bismillah... Alhamdulillah syukur kepada Allah swt kerana masih beroleh kekuatan untuk menulis di sini. Sebenarnya banyak cerita yang ingin saya kongsikan, agar ia menjadi panduan diri ini suatu ketika nanti. Juga panduan buat wanita yang membaca coretan ini. Sesungguhnya Allah swt menduga kita dengan cara yang berbeza. Apabila kita bertemu dengan insan yang menempuh ujian lebih berat, kita terus bersyukur dengan ujian diri sendiri. Ketika itu kita nampak betapa kecilnya ujian diri sendiri. Petang tadi saya dipertemukan dengan dua orang ibu yang sudah begitu berusia didalam satu majlis di sini. Dua orang wanita hebat suatu ketika dulu, tetapi menyimpan pelbagai kisah hidup yang menyedihkan. Entah kenapa hati saya bagai ditarik-tarik untuk bersembang dengan mereka, ketika rakan-rakan bergelak ketawa diruangtamu majlis. Rupa-rupanya Allah swt ingin memberi peluang kepada saya mendengar pengalaman yang begitu bermakna daripada mereka. Masih terbayang-bayang wajah mereka diruan...