Hebatnya kejadian alam yang bermusim, kejadian empat musim silih berganti memberi ilham kepada mereka yang mahu berfikir. Dari musim panas ke musim luruh, kemudian musim sejuk dan musim bunga, masing-masing mempunyai ciri-ciri tersendiri. Di Oman sekarang, musim luruh dekat nak berakhir, selepas ini akan bermula musim sejuk alhamdulillah. Maka berhentilah sekejap penggunaan air-cond dan kipas angin kerana kesejukan musim ini sudah memadai untuk menyejukkan diri. Apakah manusia perlukan kesejukkan? Sekiranya kita tidak suka sejuk, mengapa bila terasa panas maka kita akan tercari-cari kipas angin ataupun air-cond. Manusia tidak mampu berada dalam kepanasan secara berterusan, kerana banyak masalah kesihatan dan penyakit-penyakit berjangkit mudah tersebar. Akan tetapi bila berada dalam keadaan sejuk, kita akan berasa tenang dan sihat, malah tiada penyakit berjangkit tersebar dalam musim ini. Bila difikirkan balik, semasa bayi dalam kandungan ibu, kita dikelilingi air ketuban yang merupakan...
Ulasan