PEMBANTU RUMAH ATAU HAMBA

Aku selalu terfikir mengapa aku selalu senang berbicara dengan para pembantu rumah, sehinggakan ada di kalangan mereka menganggap aku juga pembantu rumah dr Filipina. Tergelak bila mengingatinya...
Apa taknya aku selalu bercerita dengan pembantu rumah jiran yg menunggu anak majikan beliau ke sekolah, maka pembantu rumah yg lain juga berminat juga utk bercakap dgnku walaupun sepatahpun aku tak faham. Itulah tugasan mereka.
Jadi bila bercerita dengan PR ni maka banyak lah cerita tentang pembantu rumah yg dapat ku perolehi. Ini termasuklah daripada pembantu rumah separuh masa yg datang ke rumahku setiap petang. Tanggapan pertamaku bahawa orang Arab memberi layanan yg baik terhadap pembantu rumah meleset sama sekali, bermacam-macam cerita diikuti dengan tangisan dr mereka yg bergelar pembantu rumah sampai ke telingaku. Beginikah layanan mereka terhadap orang yg membantu mendidik anak-anak mereka, mengemas rumah dan menyediakan segala keperluan mereka?
Apakah pembantu rumah itu sekadar membantu ataupun mereka dijadikan hamba untuk memenuhi kehendak nafsu tuan rumah? Itulah yg menjadi persoalanku selama ini. Bila melihat sendiri layanan tuan rumah terhadap mereka, tidak sah lagi mereka menganggap PR mereka adalah hamba mereka. Apa tidaknya, segala keperluan disediakan dihujung kaki, sehinggalah baju yg hendak dipakaipun disediakan oleh PR, kesiannya mereka sekiranya tidak dapat memahami tuan mereka, terpaksalah memilih pakaian berkali-kali.
Itu belum masuk bab makanan yg tidak disediakan untuk pembantu rumah mereka. Kesian PR yg penat bekerja kemudian terpaksa menahan lapar kerana tuan rumah tidak mengizinkan mereka makan di situ, terpaksalah mereka memakan roti atau mee maggi untuk mengalas perut sedangkan tuan rumah memakan makanan yg enak2 di depan mata.
Oleh kerana ada PR yg bukan beragama Islam, tindakan tersebut bukan sahaja memjatuhkan imej kita sebagai seorang Islam, malah menyebabkan PR tersebut keliru,inikah yg dinamakan ajaran Islam. Kadang-kadang aku cuma menjelaskan kepada mereka tentang kecantikan agama Islam yg sebenar, tp tindak-tanduk tuan mereka menyebabkan mereka lari dr. agama yg suci ini. Sayang seribu kali sayang....
Sebenarnya ada juga PR yg membuat silap tapi sekiranya masing-masing faham akan tanggungjawab mereka masalah tersebut boleh diatasi. Hanya keteguhan iman sahaja yg dapat membantu kedua-dua pihak mengatasi masalah ini.
Aku juga berpengalaman mempunyai beberapa orang PR semasa bekerja di Kuala Lumpur dulu, cuma ceritanya berbeza. disebabkan aku terlalu baik dengan mereka (bukan nak meninggi diri) maka pelbagai dugaan yg terpaksa aku hadapi, termasuklah PR yg mengamalkan ilmu hitam. Terlalu perit untuk diingati, tapi penyerahan sepenuhnya kepada Allah membantu aku mengatasi masalah ini.
Jadi apapun keadaannya hanya mereka yang takut kepada azab Allah tahu bagaimana untuk mengendalikan semua permasalahan ini, sama ada ingin menganggap PR mereka sebagai hamba atau menghargai mereka sebagai insan yg ditetapkan oleh Allah untuk membantu mereka semasa mereka dalam kesusahan.
Bagiku PR adalah hamba Allah yg mulia, tapi dengan takdir Allah mereka terpaksa bekerja sebagai hamba di rumah orang untuk menguji kekuatan mereka, tetapi kita tidak tahu takdir mereka seterusnya, mungkin nasib mereka lebih baik daripada kita di akhirat nanti atas segala keikhlasan mereka dan bantuan yg mereka berikan kepada orang lain.
Janganlah kita menzalimi orang lain kerana doa orang yg dizalimi amat mudah dimakbulkan oleh Allah swt. Jadi fikir-fikirkanlah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Surat Rasulullah SAW kepada Raja Oman

Tujuan Belajar Khat