Alam Bermusim
Hebatnya kejadian alam yang bermusim, kejadian empat musim silih berganti memberi ilham kepada mereka yang mahu berfikir. Dari musim panas ke musim luruh, kemudian musim sejuk dan musim bunga, masing-masing mempunyai ciri-ciri tersendiri.
Di Oman sekarang, musim luruh dekat nak berakhir, selepas ini akan bermula musim sejuk alhamdulillah. Maka berhentilah sekejap penggunaan air-cond dan kipas angin kerana kesejukan musim ini sudah memadai untuk menyejukkan diri.
Apakah manusia perlukan kesejukkan? Sekiranya kita tidak suka sejuk, mengapa bila terasa panas maka kita akan tercari-cari kipas angin ataupun air-cond. Manusia tidak mampu berada dalam kepanasan secara berterusan, kerana banyak masalah kesihatan dan penyakit-penyakit berjangkit mudah tersebar. Akan tetapi bila berada dalam keadaan sejuk, kita akan berasa tenang dan sihat, malah tiada penyakit berjangkit tersebar dalam musim ini.
Bila difikirkan balik, semasa bayi dalam kandungan ibu, kita dikelilingi air ketuban yang merupakan keadaan sejuk, dan bila keluar bayi menangis sehinggalah diselimuti tubuh mereka dan dibelai oleh ibu mereka.
Manakala dalam amalan Islam, kebanyakan amalan berkait dengan sejuk, sebagai contoh kita disuruh berwuduk sebelum solat, mengaji al-Quran dsb iaitu menyejukkan anggota badan yang tertentu agar solat kita membawa keheningan kepada kita. Kita juga disuruh mandi wajib sekiranya berhadas besar, iaitu mgenyejukkan seluruh tubuh kita. Malah adalah makruh bagi kita menggunakan air yang terdedah kepada cahaya matahari (air musyammas). Ini kerana air tersebut adalah suam atau sangat panas bagi sesetengah tempat, maka ia tidak sesuai untuk membersihkan diri. Jadi bagaimana pula dengan mandi air suam, apakah ia sesuai dengan fitrah kita? Subhanallah kita tidak akan disuruh melakukannya sekiranya ia bertentangan dengan fitrah kita sebagai manusia.
Terdapat satu hadis yang mana Rasulullah berdoa semasa takbiratulihram iaitu:
"Ya Allah jauhkanlah antaraku dan kesalahanku seperti jauhnya Timur dan Barat. Ya Allah! Sucikanlah aku dari segala kesalahanku seperti kain putih dibersihkan dari kekotoran. Ya Allah! Bersihkanlah segala kesalahanku dengan air salji dan ais.
Jadi dalam hadis ini Rasulullah mengambarkan salji dan ais sebagai alat untuk membersihkan kesalahan seseorang, iaitu untuk menyejukkan kepanasan yang ada dalam tubuh badan kita.
Hebatnya kejadian bermusim berkait dengan kesejukan dan kepanasan, juga betapa hebat kesannya kepada seluruh kehidupan di mukabumi ini. Ia berbeza dengan kawasan khatulistiwa yang mengalami panas sepanjang tahun, namun kepanasannya berbeza dengan kawasan lain didunia ini, iaitu darjah kepanasannya tidak melebihi darjah kepanasan tubuh manusia iaitu 37 darjah celsius.
Sekiranya kita fikirkan perkaitan setiap musim dengan kesihatan diri kita, maka kita akan dapati bahawa musim panas menyebabkan kita kurang tumpuan, kerana kepanasan malah tumbuh-tumbuhan kering kepanasan, binatang-binatang pula berhijrah ke kawasan yang lebih sejuk dan berair. Bila berakhir musim panas, manusia lebih ceria kerana keadaan sesuai dengan kita(lebih kurang darjah kepanasan tubuh manusia), tetapi alam masih belum ceria, daun-daun berguguran kerana kesan panas, tunas-tunas baru baru nak hidup sehinggalah akhir musim luruh barulah bermula kehidupan baru sepenuhnya bagi tumbuh-tumbuhan. Pada musim ini kita lebih selesa dan dapat memberikan lebih tumpuan kepada kerja-kerja kita.
Namun kedatangan musim sejuk akan menyebabkan kita jumud kembali, kita tenang tetapi kesejukan menghalang kita daripada bergerak terlalu cergas. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang berada dalam kawasan yang terlalu sejuk, kita lebih banyak berehat dan berselimut untuk memanaskan badan. Keceriaan bermula sepenuhnya bila musim bunga bermula, betapa indahnya kejadian Alam yang dipenuhi kehijauan dan bunga-bungaan pelbagai bentuk dan warna. Jadi bunga-bungaan adalah pengubat untuk diri manusia yang baru keluar dari tempat penginapan mereka, betapa cantik bunga-bungaan tersebut bersesuaian dengan penduduk tempatannya.
Sesungguhnya kesejukan boleh menyihatkan tubuh badan tetapi kepanasan akan menyebabkan ketidakceriaan kita. Kita boleh lihat persamaannya dalam kitaran hidup tumbuh-tumbuhan yang mana bila musim panas berakhir pokok-pokok mengugurkan daunnya kesan kepanasan alam, akan tetapi bila berakhir musim sejuk tumbuh-tumbuhan membesar dan berbunga manjadikan alam ini penuh ceria dengan beburung, rerama, kekupu dan kumbang berterbangan riang diudara.

Jadi bagi mereka yang tinggal di kawasan yang tidak bermusim sepatutnya bersyukur kerana mereka mampu bekerja sepanjang tahun, tiada masalah berkaitan dengan alam sekeliling. Gunakanlah segala kelebihan yang dikurniakan oleh Allah untuk menambahkan amal ibadat kita.
Subhanallah, begitu hebatnya kejadian alam ini.
Ulasan